Penyanyi Korea, Kim Jae Joong akhirnya kembali ke Malaysia selepas 12 tahun untuk mengadakan konsert solo pertamanya.

Untuk pengetahuan Jae Joong merupakan artis Korea pertama yang akan mengadakan konsert di Malaysia sejak perintah kawalan pergerakan dilaksanakan dua tahun lalu.

Jae Joong mula mencipta nama pada tahun 2003 dengan membuat debut bersama kumpulan TVXQ.

Bagaimanapun pada tahun 2010, Jae Joong telah meninggalkan TVXQ bersama dua anggota lain iaitu Junsu dan Yoo Chun.

Mereka kemudiannya membentuk kumpulan baru yang dikenali sebagai JYJ di bawah naugan C-JeS Entertainment.

Jae Joong bukan sahaja terkenal dengan suaranya yang merdu malah idol lagenda ini juga merupakan seorang pelakon.

Antara siri dibintangi termasuk Protect The Boss, Dr. Jin, Triangle, SPY dan Manhole.

Jae Joong juga aktif dan memiliki kerjaya kukuh di Jepun. Dia kerap adakan siri jelajah, hasilkan album dan menyertai pelbagai rancangan realiti sejak tamat perkhidmatan ketenteraannya pada 2016.

Pada Mac lalu, dia melancarkan lagu Sixth Magnitude Star bersama anggota JYJ, Kim Jun-su untuk drama Jepun Waru Who Said That Working Isn't Cool?.

Baru-baru ini C-JeS Entertainment mengumumkan Jae Joong akan memulakan jelajah Asianya dengan konsert pertamanya di Seoul pada 17 dan 18 September.


Tiket boleh dibeli dengan harga RM787, RM687, RM587, RM487, dan RM387 (tidak termasuk yuran pemprosesan RM4) di laman web www.ticketcharge.com.my

Pembelian tiket terhad kepada maksimum enam tiket sahaja dalam setiap transaksi.

Untuk maklumat lanjut mengenai tiket dan konsert terbabit boleh diikuti menerusi Facebook, Instagram dan Twitter rasmi iMe MY.

Konsert Jelajah Asia Kim Jae Joong Asia Tour di Kuala Lumpur 2022 anjuran iMe Malaysia akan berlangsung pada 23 September, 7.30 malam, di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).