Artis Korea
Selepas Filem, Ini Drama Terbaru Song Ji Hyo! Siap Ada 4 Hero Kacak, Eh Nak Pilih Mana Satu?
Pelakon dan anggota Running Man, Song Ji Hyo kembali lagi dan kali ini dengan drama terbaharu berjudul ‘Did We Love’.
Menariknya drama kali ini Ji Hyo akan berdepan dengan watak empat lelaki kacak yang muncul dalam kehidupannya secara serentak.
Empat lelaki kacak itu merupakan lakonan Son Ho Jun, Song Jong Ho, Koo Ja Sung dan Kim Min Joon.
Ji Hyo akan memainkan watak sebagai Noh Ae Jung iaitu seorang penerbit filem dan ibu tunggal yang telah hidup bersendirian selama 14 tahun.
Walaupun sudah putus asa terhadap cinta namun sesuatu perkara tidak dijangka berlaku apabila empat lelaki muncul dalam hidupnya pada masa yang sama.
Menarik bukan?
Dalam pada itu, drama terbitan JTBC ini dijadualkan akan ditayangkan sekitar Julai depan.
Terdahulu, Ji Hyo baru sahaja muncul dengan filem terbaharu berjudul Intruder.
Intruder mengisahkan tentang Yoo Jin (Song Ji Hyo) yang pulang ke rumah selepas 25 tahun menghilang.
Bagaimanapun selepas kepulangan Yoo Jin, keluarganya mula mengalamai pengalaman pelik dan menakutkan.
Abang Yoo Jin, Seo Jin (Kim Moo Yeol) yang perasan dengan perubahan tersebut mula menyiasat kisah silam adiknya.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Must-Watch Video