Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Silap Sikit Pun Perasan, Hebatnya! Ini Nasihat Lisa BLACKPINK Untuk Pelatih Youth With You 3

Mya Amri
22/03/2021 12:12 MYT
Menjadi mentor kepada 118 pelatih dalam program Youth With You 3 bukan sesuatu yang mudah bagi anggota kumpulan BLACKPINK, Lisa.

Namun usaha dan ketajaman mata Lisa dalam menilai setiap langkah pelatih menerusi sesi latihan mereka amat mengagumkan.

Menurut Lisa, masih ada lagi beberapa orang pelatih yang belum berada pada tahap memuaskan namun hasil itu boleh diubah sekiranya mereka berusaha dengan lebih keras lagi.

“Saya dapat merasakan masih ada beberapa pelatih dalam kelas A yang prestasinya kurang memuaskan untuk mencapai tahap kelas A.

“Jika anda mahu kekal berada dalam kelas A, anda harus tahan dengan tekanan yang diberikan,” katanya sebaik melihat sesi latihan yang dijalankan dalam episode 9 baru-baru ini.

BACA: Garang Tapi Bagus! Lisa BLACKPINK Dipuji Jadi Mentor Youth With You 3

Bagaimanapun sebagai seorang yang berpengalaman, Lisa juga turut memberikan kata-kata semangat dan nasihat buat para pelatih Youth With You 3.

“Sebagai satu kumpulan, setiap ahlinya perlu mempercayai, menolong dan juga mengimbangi antara satu sama lain.

“Saya mahu anda saling menolong. Kerana jika anda tidak menganggap kumpulan anda cukup baik atau tidak pasti apa yang harus dilakukan, anda boleh bertanya kepada kumpulan lain. Kumpulan lain yang menari dengan baik.

“Cuba yang terbaik. Berlatih, berlatih dan terus berlatih, okay?” katanya memberi semangat.

BACA: Lisa Jadi Mentor Youth With You 3, Ini Reaksi BLACKPINK…

Jadi jangan lupa untuk menonton baharu Youth With You 3 di iQ.com atau di aplikasi iQIYI antarabangsa secara PERCUMA.

Youth With You 3 sudah pun mula ditayangkan pada setiap Khamis dan Sabtu, jam 8 malam.

Rancangan ini juga turut disiarkan di Astro saluran 300 dan juga On Demand, setiap Sabtu dan Ahad, jam 8 malam.

Terdapat juga dalam sarikata pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari Gempak Chingu
#Blackpink #Lisa Blackpink #iQiyi #Youth With You 3 #Lalisa Manoban