Pelakon popular Korea Selatan, Song Kang bakal bertemu dengan peminat di Malaysia menerusi acara 2023 Song Kang Asia Fanmeeting Tour Moment In Kuala Lumpur yang akan diadakan pada 25 Februari 2023.
Acara fan meeting yang dijadualkan berlangsung di Menara PGRM itu merupakan satu acara yang bermakna bagi para peminat memandangkan Song Kang bakal menyertai latihan ketenteraan tidak lama lagi.
Pastinya, kedatangan Song Kang memberi seribu satu makna buat peminat yang mungkin akan merindui figura berkenaan sepanjang ‘ketiadaannya’ dalam industri hiburan di Korea Selatan.
Untuk rekod, Song Kang meraih populariti sebagai pelakon menerusi beberapa drama siri seperti Love Alarm, Nevertheless, Navillera, Sweet Home dan Forecasting Love And Weather.
Dalam masa lima tahun selepas debut sebagai pelakon, Song Kang telah diberi kepercayaan untuk membintangi beberapa siri original Netflix sehingga mendapat julukan Son Of Netflix.
Tiket-tiket berharga RM798 (VIP), RM598 (PS1) dan RM398 (PS2), tidak termasuk yuran pengendalian sebanyak RM4.
Penjualan tiket 2023 Song Kang Asia Fanmeeting Tour Moment in Kuala Lumpur bakal dibuka bermula 19 Disember ini menerusi my.bookmyshow.com atau di talian 03-9212 4202.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Izwan Isa
Thu Dec 08 2022


Kontroversi Perkahwinan, Chot Perlu Masa Bertenang Sebelum Beri Kenyataan
Mohon diberi masa.
![[VIDEO] Sebutan Tepat, Rasa Terharu & Bangga” - Raja Ilya Menangis Dengar Datuk Siti Menyanyi Lagu Tamil [VIDEO] Sebutan Tepat, Rasa Terharu & Bangga” - Raja Ilya Menangis Dengar Datuk Siti Menyanyi Lagu Tamil](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-semua-sebutan-tepat-rasa-terharu-dan-bangga-raja-ilya-menangis-dengar-datuk-siti-menyanyi-lagu-tamil.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] "Sebutan Tepat, Rasa Terharu & Bangga” - Raja Ilya Menangis Dengar Datuk Siti Menyanyi Lagu Tamil
Hebatnya Datuk Siti!

Tekak Sakit, Ziana Zain Tetap Beri Persembahan Terbaik Untuk 600 Peminat Atas Kapal Cruise
Tetap power!
.png?ext=.png)
Bunga Citra Lestari Menitiskan Air Mata Kenang Ashraf Sinclair Di Atas Pentas - "Kembali Ke Malaysia Bukan Mudah Tapi Selalu Dirindukan"
Bunga Citra Lestari Sebak Kenang Ashraf Sinclair

Rage-Jean Page Diumum Sebagai Lelaki Wajah Paling Sempurna Di Dunia
Handsome!

“Raden Seri Riyanna Sayang, Cantik Dan Unik”- Ramai Puji Nama Anak Ketiga Mawar Rashid
Assalamualaikum Raden Seri Riyanna Sayang...

Tak Sedia Pindah KL, Ryan Bakery Tenang Kerja Dari Kampung
Ryan antara influencer yang ramai orang suka.

“Tak Pernah Pijak Atau Tendang Perut Bella” - Siti Bainun
Lanjutan daripada kes adik Bella.
![[VIDEO] “Hadirnya Orang Ketiga Atas Kebahagiaan Saya- Chot Bernikah Dengan Kakak Penyanyi, Bekas Isteri Dedah Status Rumah Tangga [VIDEO] “Hadirnya Orang Ketiga Atas Kebahagiaan Saya- Chot Bernikah Dengan Kakak Penyanyi, Bekas Isteri Dedah Status Rumah Tangga](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-hadirnya-orang-ketiga-atas-kebahagiaan-saya-chot-bernikah-dengan-kakak-penyanyi-bekas-isteri-dedah-status-rumah-tangga.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Hadirnya Orang Ketiga Atas Kebahagiaan Saya"- Chot Bernikah Dengan Kakak Penyanyi, Bekas Isteri Dedah Status Rumah Tangga
Bekas isteri Chot dedah status umah tangga.

“Memang Handsome Sejak Azali…” - Netizen Tergamam Lihat Foto Hael Husaini Ketika Usia Kecil
Comel!