Artis Korea

Tak Perlu Bazir, Kad Kahwin Wonder Girl Hyerim Ini Sangat Simple Dan Comel, Direka Oleh BFF

gempak
Mya Amri
20/06/2020
07:26 MYT
Sponsor Banner
Tak Perlu Bazir, Kad Kahwin Wonder Girl Hyerim Ini Sangat Simple Dan Comel, Direka Oleh BFF
Kad undangan perkahwinan bekas anggota kumpulan K-pop Wonder Girl, Hyerim telah didedahkan kepada umum.
Bakal melangsungkan perkahwinan bersama kekasihnya atlet Taekwondo, Shin Min Chul pada 5 Julai ini, foto tersebut didedahkan secara eksklusif oleh Hyerim menerusi posting di akaun Instagramnya.
Foto itu menunjukkan sebuah kad berwarna putih dan dihiasi lukisan kartun comel dibahagian hadapan kad berkenaan.
BACA: 7 Tahun Bercinta, Akhirnya Wonder Girl Hyerim Dedah Bakal Berkahwin Dengan Atlet Taekwondo
Lebih manis lagi, kad tersebut merupakan rekaan dan sentuhan tangan daripada rakan-rakan baiknya
“Saya melihat sekeliling dan satu hari saya sedar betapa beruntungnya saya dikurniakan rakan-rakan yang berbakat.
“Saya ingin berkongsi kad perkahwinan saya ini yanv telah direka khas oleh sahabat baik saya.
“Tiada perkataan yang dapat diungkapkan selain terima kasih kerana memberikan saya hadiah bermakna ini. Sayang kamu semua,” tulisnya. Terdahulu, Hyerim, 28 dan kekasihnya Shin Min Chul, 34, telah menjalinkan hubungan cinta sejak 2013.
Pasangan ini kemudiannya mendedahkan hubungan mereka pada Mac tahun ini selepas mengambil keputusan untuk muncul dalam program realiti terbitan MBC berjudul Real Love Story.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024