Penyanyi terkenal Korea, Jackson Wang mengotakan janjinya untuk kembali bertemu peminat di Malaysia.

Menerusi video pendek yang dikongsi iMe Malaysia, Jackson menyatakan rasa tidak sabar untuk berinteraksi dengan peminatnya.

“Saya sebenarnya baru pertama kali membawa siri jelajah saya ke Kuala Lumpur pada 17 Disember 2022 ini bertempat di Axiata Arena,” katanya.

Dalam video itu juga, Jackson turut mendedahkan perkara yang paling ingin dilakukan selepas tamat konsert kelak.

“Saya tak sabar nak bertemu anda semua dan mungkin juga tak sabar nak makan mamak selepas selesai persembahan.

“Saya janji persembahan itu nanti bukanlah ‘biasa-biasa’, ia merupakan sesuatu yang sangat berbeza. Jumpa anda di sana,” ujarnya.

A post shared by iMe Malaysia (@ime.malaysia)

Jackson bakal hadir ke Kuala Lumpur sempena siri jelajah Jackson Wang Magic Man World Tour 2022-2023 bertempat di Axiata Arena pada 17 Disember depan.

Sebelum ini, Jackson yang juga merupakan anggota kumpulan K-Pop, GOT7 ini telah hadir ke Malaysia pada September lalu untuk mengadakan persembahan di Good Vibes Festival, Sunway Lagoon.

Pada ketika itu juga, Jackson sempat berseloroh mahu melepak di restoran mamak.

“Nak pergi mamak tapi dah tutup pada jam 1 pagi” antara ciapan Jackson di Twitter pada ketika itu.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU