Ada ketikanya anda berasakan anda telah memberi sokongan yang terbaik dengan kata-kata positif. Betul ke? Perkongsian Psikologis Klinikal dan juga penyarah Psikologi, Akif Basri di Twitter miliknya, @akif_basri mungkin boleh membantu anda memahami dengan lebih lanjut.

Ramai orang suka bagi kata-kata semangat.

"Fikir positif je!"
"Yakin boleh!"
"Benda kecik je ni.. Jangan mengalah!"
"Jangan fikir negatif sangat"
"Aku boleh, takkan kau tak boleh?"
"Orang lain lagi teruk"
"Be happy"

Adakah kata-kata sebegini membantu?

Mungkin, dalam sesetengah keadaan tertentu:

1) Kalau orang yang cakap tu orang yang rapat, dipercayai, memang kenal, faham masalah sepenuhnya dan kata-katanya memang bermakna

2) Kalau dalam pertandingan sukan untuk beri motivasi jangka masa pendek

Tetapi, kita perlu berhati-hati. Bukan dalam semua keadaan, kata-kata semangat itu sesuai.

Dalam banyak keadaan, kata-kata seperti itu mungkin boleh buat orang:

1) Rasa tak didengari dan tak difahami
2) Rasa masalahnya diperkecilkan
3) "Suppress" emosi negatif
4) Rasa malu nak meluah

Beri kata-kata semangat pada waktu yang tidak sesuai boleh jadi "toxic positivity."

Maksudnya pukul rata yang semua orang kena positif sahaja setiap masa dan menafikan emosi negatif yang ada dalam diri manusia.

Hakikatnya, dalam banyak keadaan, manusia perlukan seseorang untuk mendengar, memahami, berada bersamanya sepenuh jiwa dan menerimanya dirinya seadanya - walau apa pun yang dirasai atau difikirkan pada waktu itu.

Orang putih kata "unconditional love & acceptance."

Kredit Gambar: Google

Kisah ini dikongsi oleh Psikologis Klinikal yang juga pensyarah psikologi, Akif Basri menggunakan akaun Twitter @akif_basri mendapat hampir 4,000 Retweet dan lebih 5,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot