Personal Experience | Pengalaman Sendiri
#GempakSpot: "Makcik Jual Sayur, Ubi, Rambutan Tepi Jalan Tu Meniaga Untuk Hidup Je, Bukan untuk mewah"
Kisah yang diceritakan secara santai tetapi penuh dengan pengajaran ini dikongsikan oleh Mazlan Zonan di Facebook milik beliau tentang pengalamannya berniaga durian bulan lalu.
Durian ni mengajar aku untuk tidak menilai orang dari luaran. Dah lebih sebulan aku melayan orang-orang yang membeli durian ni dan macam-macam karenah yang aku jumpa.
Ada akak tu tegur aku,"harga ada ikut kereta tak? kami drive MYVi je." Tekedu kejap aku. Kalau akak datang naik helikopter parking depan kedai kami pun harga sama kak. Apa yang boss cakap, tu harga yang kami letak.
Dia ingat kalau dia bawak BMW aku nak hentak harga ke apa. VIP tak VIP sama je layanan, yang penting kau bayar bil ikut apa yang kau beli.
Ada sorang brader ni tiap kali datang dia akan berhenti, turun tingkap dan tanya buah lelong (kadang-kadang boss aku lelong buah RM5 sekilo). Kalau tak ada buah lelong dia akan berlalu dengan kereta Alphard dia.
Pagi ni dia datang bawak parents dia, mintak aku lelong buah baru. Aku pening jugak melayan. Kang aku kena marah dengan boss, akhirnya aku bagi jugak RM8 sekilo tapi buah yg dah senyum-senyum. So dia beli yang dah pecah je.
Ada akak mengandung dengan adik dan anak dia datang dengan scooter. Order buah tak berkira sampai 15 kilo. Tak ada mintak-mintak diskaun.
Kalau orang macam ni, aku sumbat 2-3 biji lagi dalam plastik dia bagi percuma sebab dia mudahkan kerja aku. Lepas tu aku dengan dia pening macam mana dia nak bawak balik dengan scooter dia. Buah dua plastik besar. Hahahhahha.
Dan macam-macam perangai lagi yang aku deal...
Tapi satu pesan aku, kalau nak mintak diskaun dengan orang berniaga tu berfikirlah. Lagi-lagi dari yang meniaga kecil-kecilan di tepi jalan ni. Meniaga ni bukan hari-hari untung, ada je hari tak balik modal.
Untung hari ni untuk cover rugi hari esok. Kadangkala makcik-makcik yang jual sayur, ubi, buah rambutan tepi jalan tu, meniaga untuk hidup je. Bukan untuk mewah.
Kau nampak rambutan dia hitam sikit kau goncang harga smpai RM3 sekilo. Modal dia pun tak lepas tapi sebab makcik tu tak ada customer, dia bagi jugak kat kau.
Dan kau rasa kau betul hanya kerana makcik tu tak ada kedai, tak kena bayar sewa. Cuma penjaja kaki lima... mmmm.
Street selling - if we can't earn, at least we can learn.
Kredit Gambar: Mazlan Zonan
Kisah ini dikongsi pengguna Facebook Mazlan Zonan dan mendapat 72 shares dan hampir 1,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk berkongsi cerita-cerita anda dan berpeluang memenangi hadiah daripada Althea bernilai RM185, hantarkan karya anda ke GempakSpot
Must-Watch Video