EDUCATION | PENDIDIKAN
#GempakSpot: “Perlu Ke Saya Cuci Contact Lens Saya? Perlu. Kenapa? Jom Saya Ceritakan” - Dr. Aen
Apa yang berlaku kepada Coach Yin akibat tidak menjaga pemakaian contact lens (kanta sentuh) yang menyebabkan dia hampir buta, boleh juga terjadi kepada anda. Jom kita baca perkongsian Dr. Aen di Twitter tentang betapa pentingnya penjagaan contact lens!
Mata merupakan deria (melihat) yang penting selain dari deria rasa, dengar, sentuh, dan bau. Salah penjagaannya, meranalah anda.
Memakai/menyimpan contact lens dalam keadaan tak bersih boleh menyebabkan jangkitan kuman/virus. Ia boleh menyebabkan ulser pada bahagian kornea mata (corneal ulcer), selain dari beberapa jenis jangkitan lagi. Tapi yang paling kita takut memang corneal ulcer.
Kenapa pulak? Sebab kornea ni lapisan jernih luar anak mata. Kalau dia luka, dia tak dapat dibaiki, jadi penglihatan anda tidak akan sama seperti sebelumnya. Salah satu rawatan kalau ada kerosakan kekal, kena tukar kornea baru.

Jadi apa yang anda perlu lakukan?
1. Pastikan anda beli contact lens di tempat yang sepatutnya. Kedai optometry. Contact lens yang dijual dah dapat kelulusan. Jadi tak perlu ragui proses pembuatannya.
2. Beli multipurpose solution instead of saline solution. Multipurpose solution boleh digunakan sehingga tiga bulan. Selepas tiga bulan, sila buang lebihan untuk elakkan jangkitan kuman pada mata anda.
3. Amalkan langkah 3 kali cuci. Cuci sebelum pakai. Cuci selepas pakai. Cuci bekas contact lens sebelum simpan. Ini untuk kurangkan risiko terkena jangkitan mata.
4. Pakai contact lens mengikut tempoh yang ditetapkan. Contoh sehari kebanyakan lens boleh guna 8-12 jam sehari. Tetapi perlu mengikut kondisi mata anda. Kalau 6 jam pakai dah rasa kering, itu mungkin limit anda.
Bila beli yang pakai bulanan 1-3 bulan tu, selepas pakai kena discard tak kisah kalau anda pakai dua tiga kali je dalam masa sebulan. Kalau tempoh sebulan, anda pakai 2 minggu dah sakit mata, perlu dibuang. Jangan gadaikan mata.
Kalau ada reaction apa nak buat? Makanya sila jumpa pakar mata yang terdekat. Jangan memandai cari alternatif yang anda tak tahu keberkesanannya secara klinikal. Jumpa doktor kerajaan, murah saja.
Sekian itu sahaja untuk hari ini. Semoga bermanfaat!
Kredit Gambar: Instagram @coach_yin / Google
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Dr. Aen menggunakan akaun Twitter @aensaari. Perkongsian beliau mendapat lebih 6,000 Retweet.Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Must-Watch Video