Sebentar tadi, tular video pelakon Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz yang berada di ruang legar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Susulan daripada itu, Ruhainies tampil memberi penjelasan mengenai cerita sebenar di sebalik video berkenaan.

Tenat

“Posted my previous IG story hanya kurang daripada 15 minit story tu dah viral di TikTok, IG, FB etc. Ini menunjukkan betapa teruknya mentaliti dan minda kita dipenuh dengan negativity.

“Tu video orang berdoa sebelum mula bekerja (shooting). And it shows dunia ni dah terlalu tenat dan penuh dengan fitnah. And terlalu banyak fake news yang mudah media gula-gula kan kepada netizen tapa unsur periksa demi mengejar VIEWS.

“Crews everywhere, with walkie talkie. And semua orang pun tahu kami masih dalam pengambaran drama.

Jaga lidah

“Dan dengan mudahnya manusia sekarang dapat dosa kering. Jaga lidah, jaga lisan. It's Friday, on bulan Ramadan. Muhasabah.

“Pesanan pada diri sendiri juga. Semoga doa yang baik atau sebaliknya berbalik pada anda juga. Amin,” tulis Ruhainies menerusi hantaran yang lain di ruang Instagram Storynya.

Sebelum ini, menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram Story milik Ruhainies, Aliff dirakam sedang membaca doa sambil berdiri di sebelah Ruhainies.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Menerusi video itu juga dapat dilihat masing-masing mengenakan pakaian bewarna putih. Ruhainies menyarungkan jubah lengkap bertudung, sementara Aliff pula mengenakan kurta.

Terdahulu, kecoh apabila pelakon dan penyanyi Aliff Aziz itu ditangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Tangkapan yang dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) difahamkan berdasarkan maklumat orang awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies & Aliff Aziz Dirakam Berada Di Lapangan Terbang

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Mahu Libatkan Diri Dengan Kontroversi Orang Lain, Zul Ariffin Doakan Terbaik Untuk Ruhainies - “Baik Saya Jaga Lidah”