,
Gimme The Mic

#GimmeTheMicMY: Posisi Teratas Milik Raes, 6 Peserta Tersingkir… Jom Semak Markah Penuh Minggu Kedua Semua Peserta

Gempak
28/07/2024
20:55 MYT
Peserta Raes unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu kedua Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.

Raes Posisi Pertama

Dengan tema Siapa Aku, minggu kedua Gimme The Mic Malaysia menyaksikan Raes dengan nyanyian Writings On The Wall berjaya mengungguli kesemua 20 peserta dengan markah 66.06%.

Manakala, tempat kedua diikuti Junlloyd Egano yang mendendangkan lagu Hasrat dengan markah sebanyak 62.76%.
Sementara itu, persembahan memukau Rasz berjaya mendapat anugerah Terpaling FYP sekali gus membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.
Peserta Raes pula turut meraih anugerah pilihan GimmeMeTwoMee award yang membawa pulang RM5,000.

Minggu kedua menyaksikan peserta Raes, Junllyod Egano, Bulan Asyraff, Hazreen Amreena, Shazreen Shaharum dan Syamel Amzah menghuni kerusi The Six dan terselamat dari penyingkiran.

6 Peserta Tersingkir

Langkah juga terhenti buat 6 peserta iaitu Ary Hussin, Beyla Inara, RouRou, Oky Danial, Rasz dan Bunian apabila tersingkir pada minggu kedua.

14 peserta bakal bersaing pada minggu ketiga dengan tema FYP.

Markah Penuh Peserta

Jom kita semak markah penuh peserta untuk konsert minggu kedua Gimme The Mic Malaysia.
NO NAMA JUMLAH KESELURUHAN
1 RAES 66.06%
2 JUNLLOYD EGANO 62.76%
3 BULAN ASYRAFF 62.00%
4 HAZREEN AMREENA 61.61%
5 SHAZREEN SHAHARUM 61.45%
6 SYAMEL AMZAH 60.57%
7 CHONG HAN 60.55%
8 AMEERAIS 60.25%
9 FARHAN MUSTAPHA 59.95%
10 MOFANORA 59.68%
11 SYAFFIQ SAHLI 59.65%
12 JELLY BELLY 59.17%
13 DANHUANGGE 57.51%
14 EPET 56.20%
15 RASZ 51.61%
16 BUNIAN 48.88%
17 OKY DANIAL 48.59%
18 ROU ROU 47.23%
19 BEYLA INARA 45.14%
20 ARY HUSSIN 44.85%
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ dibarisi panel juri yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air serta antarabangsa. Bangku juri bakal dihiasi oleh penyanyi dan komposer yang berbakat seperti Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari dan Hael Husaini.
Program ini turut memperkenalkan gandingan Sherry Alhadad dan Sean Lee sebagai hos, serta Ceddy Ang dan Daniel Cheang sebagai hos Live+.
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Juara serta peserta di kedudukan enam teratas ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan mara ke peringkat antarabangsa mewakili Malaysia untuk berentap dengan juara-juara ‘Gimme The Mic’ dari negara-negara lain.
Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.
Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, X dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: #GimmeTheMicMY: Syamel Amzah Teratas, 10 Peserta Tersingkir… Jom Semak Markah Penuh Minggu Pertama Semua Peserta

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ajai Ulas Kemenangan Farhan Mustapha - “Pada Awal Saya Tak Nampak Lagi Kekuatan Dia, Ia Betul-Betul Nampak Bila…”

gempak
16/09/2024
08:25 MYT
Juri Gimme The Mic Malaysia Ajai mengakui bukan mudah untuk menilai setiap peserta dan finalis yang bertanding.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Dari Penebar Roti Canai, 12 Tahun Farhan Mustapha Mencuba Untuk Bergelar Penyanyi – “Saya Masuk Pertandingan Semuanya Tersingkir”

gempak
16/09/2024
06:55 MYT
Farhan Mustapha tidak menyangka bergelar The Grand Champion Gimme The Mic Malaysia 2024.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Farhan Mustapha Dinobat Grand Champion - "Ini Untuk Adik!"

gempak
15/09/2024
16:10 MYT
Finalis Farhan Mustapha dinobatkan sebagai juara Gimme The Mic Malaysia 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Layak Ke Final, Farhan Mustapha Dedah Nama Peserta Yang Mampu Beri Saingan – “Saya Sebut Tiga Nama, Antaranya…”

gempak
09/09/2024
08:55 MYT
Peserta Farhan Mustapha tidak menyangka namanya menjadi juara pada minggu separuh akhir sekali gus melayakkan diri ke pentas akhir Gimme The Mic Malaysia.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 10 Peserta Ke Pentas Akhir, Langkah 2 Peserta Terhenti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Separuh Akhir

gempak
08/09/2024
20:55 MYT
Peserta Farhan Mustapha unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu Separuh Akhir Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.