Sekilas
- Nadzmi Adhwa mengakui perjalanan dalam industri hiburan selama 11 tahun bukan mudah walaupun minatnya mendalam dalam bidang seni.
- Dia pernah mengalami fasa sukar apabila beberapa tawaran berlakon dan pengacaraan tidak menjadi kenyataan dan namanya sering ditolak saat akhir.
- Adhwa mengambil pengalaman itu secara positif dan melihatnya sebagai hikmah yang membuka peluang lebih bermakna, termasuk memberi bantuan di Aceh.
Pelakon, Nadzmi Adhwa mengakui walaupun setelah 11 tahun bergelar anak seni, perjalanan dalan industri hiburan bukanlah sesuatu yang mudah.
Walaupun memiliki minat mendalam dalam terhadap bidang seni, namun tidak semua usaha yang dilakukan berakhir dengan kejayaan seperti yang diharapkan.
Menerusi perkongsian di Threads, Adhwa mendedahkan dia pernah melalui fasa sukar apabila beberapa tawaran berlakon dan pengacaraan tidak menjadi kenyataan, malah ada kalanya namanya juga ditolak pada saat akhir.
“11 Tahun dalam industri seni. Minat mendalam dalam bidang seni. Ambil kelas berlakon. Macam macam buat untuk belajar.
“Tapi bukan rezeki. Ada yang cakap Adhwa dah tak relevan berlakon atau hosting. Nama last minute kena tolak bulat bulat,” kongsinya.
Bagaimanapun, Adhwa mengambil perkara itu secara positif dan melihatnya sebagai satu hikmah yang membuka jalan ke arah momen yang lebih besar dan bermakna.
“Mungkin inilah hikmah kena reject nama banyak kali oleh production dan stesen tv. Alhamdulillah asbab ini boleh beri bantuan di Aceh,” tulisnya.
Berikut merupakan perkongsian Adhwa:
