Skip to main content

Berita Tempatan

14 Artis Popular Termasuk Khatijah Ibrahim, Ameng Spring, Jeffrydin & Ani Mayuni Turun Tuaran 14 Disember Depan

tuaran

Ringkasan AI

  • Program Sentuhan Kasih Desa (SKD) @ Tuaran, Sabah akan berlangsung pada 14-15 November 2025 di Pusat Latihan RELA, Tuaran.
  • Artis seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Ameng Spring, Datuk Jeffrydin dan Ani Mayuni akan menghiburkan pengunjung dengan lagu-lagu ikonik.
  • Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 14 November jam 7.30 malam.
  • Acara turut menampilkan aktiviti seperti Pertandingan E-Sports, Pertandingan Karaoke, dan pameran produk oleh 55 usahawan KKDW.
  • Bantuan bakul makanan akan disampaikan kepada 5,000 penerima termasuk golongan B40 dan komuniti KEMAS sepanjang program berlangsung.

Program Sentuhan Kasih Desa (SKD) @ Tuaran, Sabah anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bakal berlangsung meriah pada 14 hingga 15 November 2025 di Pusat Latihan RELA, Tuaran.

Antara artis yang bakal menghiburkan pengunjung ialah Datuk Khatijah Ibrahim, Ameng Spring, Datuk Jeffrydin, dan Ani Mayuni, yang turut bertindak sebagai pengacara majlis. Persembahan mereka akan membawakan lagu-lagu ikonik seperti Doa Buat Kekasih, Butakah Cinta, Kenanganku dan Seperti Mati Lampu.

Turut hadir memeriahkan acara ialah selebriti Sabah, Joveana Jim Lajim dan Tati Atitih Yati Robert (Juara Unduk Ngadau Kaamatan 2025). Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah pada 14 November, jam 7.30 malam.

Menurut Ketua Penolong Setiausaha Kanan KKDW, Ahmad Syah Ejaz Ismail, konsert ini bukan sekadar hiburan, tetapi platform mengeratkan hubungan pemimpin dan rakyat.

“Persembahan yang ditampilkan mencerminkan kepelbagaian budaya serta kekayaan seni tempatan. Selain konsert, aktiviti seperti Pertandingan E-Sports dan Pertandingan Karaoke (Tuaran Golden Voice) turut diadakan bagi menarik penyertaan komuniti setempat,” katanya.

Program SKD menjadi inisiatif strategik KKDW untuk memperkukuh pembangunan luar bandar dan memartabatkan komuniti desa. Sebanyak 55 usahawan di bawah KKDW dijemput menyertai pameran bagi mempromosikan produk serta memperluas jaringan perniagaan.

“Melalui pendekatan turun padang, Kementerian dapat mendengar sendiri keperluan masyarakat, selain menyalurkan bantuan serta peluang pembangunan ekonomi tempatan,” tambahnya.

Dalam majlis tersebut, YAB Timbalan Perdana Menteri turut akan menyampaikan bantuan bakul makanan kepada 5,000 penerima, termasuk kumpulan e-Kasih, B40, dan komuniti KEMAS.

Pengunjung turut boleh menikmati khidmat GIATMARA, kaunter geran keusahawanan, dan institusi TVET KKDW. Sebanyak 2,000 kupon jualan bernilai RM10,000 akan diedarkan setiap hari sebagai galakan berbelanja di reruai usahawan.

Seramai 240 anggota Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) Parlimen Tuaran dijangka hadir, bagi memperkukuh semangat perpaduan dan aspirasi Kerajaan MADANI.

Must-Watch Video

Advertisement