Skip to main content

Filem

5 Sebab Mudborn Jadi Filem Seram Taiwan Terlaris Di Malaysia 2025

mudborn

Sekilas

  • Filem seram Taiwan Mudborn telah mengutip lebih RM10 juta dalam dua minggu, menjadikannya filem seram berbahasa Mandarin paling laris di Malaysia 2025.
  • Filem ini diinspirasikan dari lagu kanak-kanak Ni Wa Wa yang mempunyai lirik seram dan mengisahkan patung tanah liat berhantu yang membawa gangguan pelik kepada pasangan suami isteri.
  • Mudborn menggunakan gabungan elemen VR, mistik dan psikologi untuk mencipta suasana seram yang berbeza dan mendapat sambutan hangat dari penonton yang terus berkongsi pengalaman seram mereka.

Filem seram Taiwan Mudborn terus mencuri tumpuan! Baru dua minggu ditayangkan, filem ini mendapat sambutan memberangsangkan dan secara rasmi menjadi filem seram berbahasa Mandarin paling laris di Malaysia 2025.

Apa yang membuatkan penonton tak berhenti bercakap tentang filem ni? Jom tengok.

1. Kutipan Pecah Rekod

Mudborn bukan calang-calang. Sejak tayangan pada 27 November, filem ini melekat di carta box office dan terus memintas pesaing lain. Ramai tak sangka filem Taiwan boleh meletup sebegini, tapi sambutannya memang luar biasa.

2. Diinspirasikan dari lagu kanak-kanak

Siapa sangka lagu Ni Wa Wa yang bunyinya comel rupa-rupanya ada lirik creepy macam:

“Matanya tidak berkelip, mulutnya tidak berkata, dia bukan anak patung sebenar.”

Unsur ini dijadikan asas misteri filem, dan ia buat ramai penonton meremang tak berhenti.

3. Patung tanah liat berhantu

Mudborn mengisahkan suami isteri, Hsu-Chuan dan Muhua, yang membawa pulang patung tanah liat pecah dari rumah terbiar dan hidup mereka berubah jadi mimpi ngeri. Rumah jadi kacau, bisikan halus, gangguan pelik dan sumpahan tanah liat yang ada kaitan dengan dendam lama. Seramnya lain macam.

4. Gabungan VR, mistik dan horror yang bikin sesak nafas

Filem ini tak bergantung pada ‘jump scare’ semata-mata. Ia main psikologi, perlahan-lahan membina ketakutan sampai penonton rasa tak selesa sepanjang masa. Visualnya kuat, rekaan bunyi padu, dan elemen VR membuatkan ia lebih moden dan fresh berbanding filem seram Asia lain.

5. Fenomena mulut ke mulut

Penonton yang keluar panggung rata-rata beri komen:
“Tak boleh tidur malam ni.”
“Sumpah seram dia melekat.”

Kesan filem ini bukan setakat terkejut, tapi sampai terfikir-fikir lepas menonton. Itu yang buat Mudborn terus trending dan kekal penuh di pawagam.

Filem ini diterajui oleh pelakon berbakat besar termasuk Yang Yo-Ning iaitu pemenang Anugerah Golden Horse, serta bintang Hong Kong Cecilia Choi, Derek Chang, Puff Kuo dan Joanne Tseng.

Mudborn kini masih ditayangkan di seluruh Malaysia dan dijangka terus memanjat angka kutipan. Bagi peminat horror yang sukakan filem gelap, misteri dan ‘disturbing’, inilah filem wajib tonton tahun 2025.

Must-Watch Video

Advertisement