Skip to main content

Hiburan

6 Tahun Menyulam Cinta, Jazmy Juma Luah Rasa Syukur Mula Fasa Baharu Sebagai Suami - “Terima Kasih Kerana…”

Astrogempak JAZMY

Sekilas

  • Pelakon Jazmy Juma mengumumkan dirinya kini bergelar suami selepas enam tahun menjalin hubungan cinta dengan Farah.
  • Jazmy meluahkan rasa syukur dan menganggap perkahwinan ini sebagai permulaan tanggungjawab baru dalam hidupnya.
  • Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada isteri dan keluarga yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang perjalanan hubungan mereka.
Advertisement

Pelakon, Jazmy Juma meluahkan rasa syukur selepas selamat bergelar suami kepada Farah Athirah Rozman selepas enam tahun menjalinkan hubungan cinta. 

Menerusi hantaran di Instagram, Jazmy menyifatkan detik tersebut sebagai satu permulaan tanggungjawab baharu dalam hidupnya.

Advertisement

"Alhamdulillah. Selepas segala liku-liku, pengorbanan, kepercayaan dan toleransi yang kami bina bersama selama enam tahun, hari ini saya memikul satu tanggungjawab baharu sebagai seorang suami.

"Perjalanan ini mengajar saya bahawa masih banyak lagi pengajaran dan pengalaman yang akan kami lalui bersama. Semoga setiap ujian dan setiap kebahagiaan yang mendatang menjadi kekuatan buat kami berdua dalam membina rumah tangga yang diredai Allah," tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Jazmy turut menitipkan ucapan istimewa buat isterinya yang setia menemaninya sepanjang enam tahun mereka bersama.

Jazmy juga merakamkan penghargaan kepada kedua-dua belah keluarga yang sentiasa memberikan doa, nasihat dan sokongan sepanjang perjalanan hubungan mereka.

"Terima kasih untuk enam tahun dengan perjalanan yang begitu indah, manis dan penuh kenangan yang tak akan pernah saya lupakan. Terima kasih kerana sentiasa ada di sisi saya, dalam setiap jatuh bangun, sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, pada bulan yang penuh bermakna ini, Allah mengizinkan kita menghalalkan hubungan yang telah lama kita bina.

"Terima kasih buat keluarga saya, kakak, abang, adik, terutama sekali mak bapak dan mama, kerana tidak pernah putus-putus memberikan nasihat, doa dan sokongan sepanjang kami saling mengenali. Nasihat dan kasih sayang kalian menjadi kekuatan untuk kami terus memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya," ujarnya.

Berikut perkongsian penuh Jazmy Juma:

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement