Skip to main content

Selebriti

Abang Kongsi Tabiat Syed Saddiq, Suka Catat Nota Sejak RMC - “Kadang Saya Pun Tak Faham Apa Yang Ditulis Sebab…”

Abang Kongsi Tabiat Syed Saddiq, Suka Catat Nota Sejak RMC - “Kadang Saya Pun Tak Faham Apa Yang Ditulis Sebab…”

Sekilas

  • Syed Salleh berkongsi bahawa adiknya, Syed Saddiq, sudah lama gemar membaca dan mencatat nota penting sejak zaman di Maktab Tentera Diraja.
  • Syed Saddiq terkenal dengan gaya menulis nota yang ringkas dan terus kepada perkara utama, sehingga kadang-kadang sukar difahami oleh orang lain.
  • Majlis resepsi perkahwinan Syed Saddiq dan Bella Astillah di Muar meriah dengan kehadiran lebih 10,000 tetamu dari seluruh Malaysia dan Singapura.
Advertisement

Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, iaitu Syed Salleh berkongsi sisi peribadi adiknya yang gemar membaca buku dan mencatat perkara penting sejak zaman persekolahan.

Menurut Syed Salleh, tabiat tersebut sudah mula dilihat sejak Syed Saddiq menuntut di Maktab Tentera Diraja (RMC), apabila adiknya itu sering membawa buku nota untuk mencatat pelbagai perkara.

Advertisement

“Dia sejak masuk RMC dulu dia memang pegang buku nota kemudian sejak daripada itu kita sedar yang dia selalu suka baca buku, suka note kan apa apa key point.

“Sebab dia adalah seorang yang suka membaca, increasekan dia punya knowledge dan memang tak tinggal jog down note apa-apa, itu yang saya tahu daripada Saddiq,” katanya ketika ditemui Gempak.

Bagaimanapun, Syed Salleh mengakui ada kalanya dia sendiri sukar memahami catatan yang ditulis oleh adiknya itu kerana kebanyakannya ringkas dan terus kepada perkara utama.

Advertisement

“Saya pun kadang-kadang tak faham apa yang ditulis oleh Saddiq kerana kebanyakannya straight to the point.

“Jadi, menulis nota itu memang perangai dia sejak dulu. Dia memang suka, tapi saya rasa hanya dia sahaja yang faham apa yang ditulis,” kongsinya.

Untuk info, lebih 10,000 tetamu hadir memeriahkan majlis resepsi pasangan pengantin baharu, Syed Saddiq dan Bella Astillah yang berlangsung di Muar, Johor pada Ahad.

Majlis yang bertemakan kenduri rakyat itu bukan sahaja menghimpunkan penduduk setempat, malah turut menerima kehadiran tetamu dari pelbagai lokasi termasuk Singapura, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement