Skip to main content

Selebriti

Abby Abadi Titip Pesanan Buat Kaum Wanita, Jangan Beri Jiwa Raga Ketika Berpasangan - “Bila Dah Tak Nak, Dia Boleh Buat Suka Hati Je!”

Abby nasihat kaum wanita

Sekilas

  • Abby Abadi menasihati wanita supaya berhati-hati dalam hubungan dan tidak menyerahkan sepenuh jiwa raga kepada pasangan, terutama jika lelaki itu tidak bertanggungjawab.
  • Abby menekankan pentingnya wanita mempunyai kewangan sendiri dan menyimpan untuk masa depan demi kelangsungan hidup.
  • Abby juga mengingatkan pasangan agar tidak menjadikan anak-anak mangsa dalam konflik rumah tangga dan menjaga kebajikan mereka.

Pelakon, Abby Abadi menitipkan pesanan buat kaum wanita supaya berhati-hati dalam menjalinkan hubungan tidak kira sama ada dalam persahabatan mahu pun perkahwinan.

Abby menerusi satu hantaran di Threads berkata, wanita tidak seharusnya menyerahkan sepenuh jiwa dan raga kepada pasangan sehingga mengabaikan diri sendiri, lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

“Sana sini terbaca pasal lelaki perangai macam sampah! Jadi ambil pengajaran semua adik kakak. Berkawan, berkahwin… Tak payah serah jiwa raga, tak perlu berkongsi segala,” kongsinya.

Dalam hantaran yang sama, Abby juga turut menekankan kepentingan wanita mempunyai kewangan sendiri serta menyimpan demi kelangsungan hidup.

Bukan itu sahaja, Abby juga mengingatkan kepada pasangan di luar sana untuk tidak menjadikan anak-anak sebagai mangsa ketika berdepan konflik rumah tangga.

“Ada duit sendiri, simpan juga untuk masa depan! Ada anak jaga, jangan diabaikan sebab marah dengan perangai bapak dia! Anak-anak tak bersalah ya.

“Geram tengok! Dah bagi itu ini ambil balik! Bergaduh depan anak, maki hamun! Bila dia dah tak nak dekat  awak, dia buleh buat suka hati dia je! Eeee, geram,” tulisnya.

Sementara itu, rata-rata netizen turut membalas hantaran tersebut dan menyatakan rasa setuju dengan nasihat yang diberikan Abby.

Berikut merupakan perkongsian Abby:

Must-Watch Video

Advertisement