Sekilas
- Acha Septriasa menganggap watak Fitri dalam filem Munafik: Melawan Iblis sebagai antara peranan paling mencabar dalam kariernya selama dua dekad.
- Watak Fitri memerlukan Acha melalui babak fizikal dan mental yang berat, termasuk adegan merayap di dinding yang memberi kesan mendalam kepadanya.
- Filem Munafik: Melawan Iblis akan ditayangkan di Malaysia pada 1 Oktober dan menampilkan pelakon Indonesia menggantikan watak asal versi Malaysia.
Pelakon terkenal Indonesia, Acha Septriasa mengakui watak Fitri dalam filem Munafik: Melawan Iblis merupakan antara karakter paling mencabar sepanjang perjalanan seninya.
Menurut Acha, dia perlu melalui pelbagai babak yang menguji kekuatan fizikal dan mental apabila watak Fitri digambarkan sebagai seorang yang mengalami banyak kejadian dirasuk.
Lebih istimewa lagi, Munafik: Melawan Iblis turut menjadi sebahagian daripada perjalanan dua dekad Acha dalam industri perfileman Indonesia.
“Saya sangat gembira kerana sepanjang perjalanan dua dekad saya dalam dunia perfileman, saya mendapat karakter yang sangat mencabar seperti Fitri dalam filem Munafik: Melawan Iblis
“Pada dasarnya, Fitri sedang melalui proses duka akibat kehilangan seseorang dan masih belum dapat menerima kenyataan tersebut.
“Apa yang dialami Fitri sangatlah manusiawi dan itu yang membuatkan watak ini dekat dengan kita.
“Kalau cabaran dari segi fizikal, sudah tentu ketika saya perlu melakukan adegan merayap di dinding. Itu sangat-sangat memberi kesan dan menjadi antara pengalaman yang paling saya ingat,” katanya.
Munafik : Melawan Iblis dibintangi Acha Septriasa, Dimas Aditya, Nova Eliza, Izabel Jahja, Widi Dwinanda dan Oce Permatasari yang menggantikan watak-watak asal versi Malaysia seperti Nabila Huda, Fizz Fairuz dan Sabrina Ali.
Filem ini merupakan terbitan Unlimited Production dan Skop Productions, serta sokongan oleh Legacy Pictures, AZ Films, dan Komet Productions. Manakala Astro Shaw bertindak selaku rakan pemasaran di Malaysia
Filem yang dijadualkan ditayangkan September ini mengisahkan tentang perjuangan Ustaz Adam dalam menyelamatkan seseorang dari jeratan iblis.
Munafik: Melawan Iblis ini juga akan dibawa ke pawagan di Malaysia pada 1 Oktober depan.