Sekilas
- Aedy Ashraf memilih untuk tidak berkongsi foto throwback 10 tahun lalu kerana tidak mahu mengenang kisah lama.
- Pelakon itu bertanya kepada wargamaya sama ada memadam kisah lama boleh menjadikan kehidupan lebih baik atau sebaliknya.
- Wargamaya memberi sokongan dan mendoakan kejayaan Aedy di masa hadapan.
Berkongsi semula foto lama pada 10 tahun lalu kini menjadi satu ‘trend’ di laman sosial dan ramai yang turut serta mengimbau kenangan pada 2016.
Namun berbeza dengan pelakon Aedy Ashraf yang memilih untuk tidak berkongsi gambarnya ketika 10 tahun lalu kerana enggan mengenang lagi kisah lalu.
“Ramai orang post throwback 2016, best and inspiring tengok perjalanan hidup masing-masing, how the grow. Tapi ramai juga yang pilih tak post, mungkin sebab tak nak ingat balik zaman tu.
“Secara jujurnya, saya juga salah seorang daripada mereka,” katanya.
Pada perkongsian yang lain, pelakon filem Kahar: Kapla High Council ini turut meminta pendapat wargamaya jika seseorang itu ingin memadam kisah lama akan menjadikan kehidupan lebih baik.
“Ha sebenarnya ramai eh rasa yang sama. Sudah tentu, semua orang nak jadi lebih baik. But the question is, adakah dengan cuba lupakan as if kita erase that part dalam hidup kita is better?
“Atau terima, berani ceritakan, and be vulnerable it the best way?” katanya lagi.
Rata-rata wargamaya menganggap kehidupan Aedy kini lebih baik dan sentiasa mendoakan pelakon itu untuk terus berjaya di masa hadapan.
Sumber - Threads