Skip to main content

Hiburan

Ada Sebab Syamel Suka Menyanyi Dalam Kereta - “Malu Sebenarnya Tapi…”

Syamel

Penyanyi, Syamel akui gemar menyanyi di dalam kereta sebagai satu cara untuk melepaskan tekanan dan menenagkan fikiran. 

Menurut Syamel, kereta menjadi ‘zon selamatnya’ untuk meluahkan segala emosi tanpa rasa segan atau risau dinilai oleh orang lain.

“Itu memang saya punya kesukaan, dalam keretalah tempat saya melempiaskan segala apa yang saya rasa, jerit pun tak ada orang dengar. Tapi masa tu sebab nak bayar parking kan kena bukak tingkap sebab tu orang terdengar. 

“Malu sebenarnya tapi semua orang ada masalah, jadi nyanyi je dalam kereta akan buat kita rasa release sikit,” katanya. 

Selain menyanyi di dalam kenderaan, pelantun lagu Lebih Sempurna juga akui sering meluahkan perasaannya kepada isteri Ernie Zakri, sebagai cara menangani masalah dalam kehidupan.

Bagaimanapun, Syamel turut menekankan kepentingan untuk meluangkan masa bersendirian bagi bermuhasabah diri.

“Saya juga ada masalah hidup tapi saya ambil pendekatan untuk banyak berkomunikasi dengan Ernie. Saya akan bagi tahu dia apa sahaja masalah saya.

“Jangan lupa juga untuk ada masa untuk diri sendiri sebab kita juga perlu berkomunikasi dengan diri sendiri. Ada masa saya akan duduk bersendiri dan muhasabah diri saya, lihat balik apa kekurangan kita dan apa yang kita boleh buat,” tambahnya. 

Terdahulu, ada seorang individu berkongsi terlihat Syamel menyanyi keriangan sewaktu berada di dalam kereta. 

Menurut individu tersebut, dia sangat kagum dengan penyanyi tersebut kerana kelihatan seperti tiada masalah dalam kehidupan.

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement