Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Ada Sebab Zarif Ghazzi Tak Bertegur Dengan Mierul Aiman - “Tiada Siapa Boleh Kacau…”

Ada Sebab Zarif Ghazzi Tak Bertegur Dengan Mierul Aiman - “Tiada Siapa Boleh Kacau…”

Sekilas

  • Zarif Ghazzi memilih untuk fokus mendalami watak Abbas dan mengehadkan interaksi dengan pelakon lain terutama Mierul Aiman sepanjang dua bulan pertama penggambaran KUDRAT 1968: High Council.
  • Dia terbuka jika lakonannya dibandingkan dengan Mierul dan menganggap Mierul sebagai idola serta sumber inspirasi dalam bidang lakonan.
  • KUDRAT 1968: High Council adalah prekuel kepada siri High Council dan akan ditayangkan pada 11 September ini, menampilkan barisan pelakon seperti Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, dan lain-lain.
Advertisement

Pelakon, Zarif Ghazzi mengakui memilih untuk mengehadkan interaksi dengan pelakon lain termasuk aktor, Mierul Aiman ketika berada di set penggambaran KUDRAT 1968: High Council.

Jelas Zarif, dua bulan pertama ketika di set dia memilih untuk memahami karakter Abbas yang dibawakan dalam naskah tersebut.

“Itu sebab kita enam bulan shoot, saya boleh cakap dalam dua bulan pertama tu memang langsung kadang ada yang borak, kadang tak borak sebab kita tahu watak kita macam mana.

“Tapi sebenarnya borak saja macam biasa bila dekat luar set tu, kita gelak-gelak apa semua. Once saya dah masukkan watak Abbas dalam badan saya tu. Itu dunia saya sendiri, tiada siapa boleh kacau. Kalau dekat luar saya boleh gelak-gelak tapi bila masuk set saya masuk roh Abbas tak ada siapa boleh bercakap dengan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Zarif turut terbuka sekiranya lakonannya dibandingkan dengan pelakon Mierul Aiman.

Baginya, penilaian terhadap lakonan merupakan hak penonton dan dia tidak mempunyai masalah sekiranya ada yang merasakan lakonan Mierul lebih baik daripadanya.

“Itu saya tak boleh halang sebab itu adalah hak penonton sendiri. Jadi saya cuma percaya dimana level saya berlakon sebab dekat set pun saya sedikit pun tak ada rasa tercabar dengan Mierul.

“Sebab boleh cakap dia adalah idola saya dan dia sangat membantu saya in term of acting. Jadi kalau ada yang tanya mengenai perbandingan antara saya dan Mierul, saya memang tahu saya di mana dan memang saya pandang dia sangat-sangat tinggi.

“Saya tiada masalah dengan pandangan orang, kalau orang cakap Mierul lagi bagus daripada saya sebab itu memang fakta dan saya pun baru lagi dalam industri,” ujarnya. 

​​Sekadar info, KUDRAT 1968 merupakan prekuel kepada dunia High Council yang membawa penonton menelusuri permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadi titik awal kepada kisah yang diperkenalkan menerusi siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.

Advertisement

Naskah arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff itu dibintangi Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.

KUDRAT 1968: High Council bakal menemui peminat pada 11 September ini.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement