Sekilas
- Syatilla Melvin berkongsi pengalaman terbaca komen netizen yang mengatakan wajahnya kelihatan monyok dan muram ketika terserempak di Queensbay, Pulau Pinang.
- Pelakon itu menjelaskan ekspresi seriusnya sering disalah tafsir dan menggalakkan orang ramai untuk menegurnya jika berjumpa secara langsung.
- Hantaran Syatilla mendapat lebih 5,300 tanda suka dan ramai netizen memuji sikap mesra beliau dan suami, Shaheizy Sam.
Pelakon, Syatilla Melvin menyorot perhatian apabila mendakwa dirinya terbaca komen seorang individu yang mengatakan terserempak dengannya di sebuah pusat membeli belah di Pulau Pinang.
Menurut individu tersebut, wajah Syatilla kelihatan monyok dan muram ketika dirinya terserempak dengan pelakon berkenaan.
“Aku nampak komen tadi, terjumpa Tilla (Syatilla) di Queensbay tapi muka masam monyok,” kongsinya.
Perjelas isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini, ekspresi wajahnya yang serius sering membuatkan dirinya kelihatan. Justeru, dia meminta orang ramai supaya menegurnya sekiranya terserempak dengannya.
“Wehh aku memang ada masalah dengan muka aku, muka keras sombong mintak kaki.
“Hampa tegur ja aku, aku okay,” tulisnya.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran Syatilla telah meraih lebih 5,300 tanda suka dan lebih 200 komen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Syatilla dan Shaheizy merupakan antara selebriti yang paling senang didekati para peminat.
Sumber: Threads