Skip to main content

Hiburan

Sama Level Dengan Anak Vokalis Coldplay, Tunku Nadya Khyra Tersenarai Dalam 10 Individu Menarik Di UK!

Sama Level Dengan Anak Vokalis Coldplay, Tunku Nadya Khyra Tersenarai Dalam 10 Individu Menarik Di UK!

Sekilas

  • Tunku Nadya Khyra, anak kepada ikon fesyen Ezurin Khyra dan kerabat diraja Negeri Sembilan, tersenarai dalam individu paling menarik di UK oleh majalah Tatler.
  • Berusia 25 tahun, beliau mempunyai latar belakang akademik cemerlang dalam seni bina dan kini melanjutkan pengajian sarjana di UCL.
  • Senarai Tatler turut menampilkan selebriti dan atlet terkenal, manakala Tunku Nadya Khyra pernah muncul dalam rancangan realiti Astro Gempak, The House.
Advertisement

Anak kepada ikon fesyen dan sosialit terkenal, Ezurin Khyra serta kerabat diraja Negeri Sembilan, Tunku Datuk Yaacob Tunku Tan Sri Abdullah iaitu Tunku Nadya Khyra mencuri perhatian apabila tersenarai dalam pilihan individu paling menarik dan layak dikenali di United Kingdom (UK) oleh majalah gaya hidup antarabangsa, Tatler.

Menerusi senarai tersebut, Tunku Nadya Khyra digambarkan sebagai seorang wanita muda yang mempunyai cita rasa terhadap kehidupan mewah dan gemar menjelajah ke luar negara, namun pada masa sama turut memberikan keutamaan terhadap bidang akademik.

Advertisement

Berusia 25 tahun, Tunku Nadya Khyra merupakan bekas pelajar Cheltenham Ladies' College sebelum berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang seni bina di University of Bath.

Tidak terhenti di situ, beliau kini melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di The Bartlett, sebuah institusi pengajian seni bina yang bernaung di bawah University College London (UCL).

Selain Tunku Nadya Khyra, senarai berkenaan turut menampilkan beberapa individu daripada latar belakang berbeza yang mencipta nama dalam bidang masing-masing.

Advertisement

Antaranya ialah atlet olahraga Britain, Henry Pollock , Amy Hunt, termasuk anak kepada vokalis kumpulan Coldplay, Chris Martin dan pelakon pemenang Anugerah Oscar, Gwyneth Paltrow iaitu Moses Martin.

Turut mendapat tempat dalam senarai tersebut ialah Isaac Goldsmith dan James Stuart.

Sekadar info, Tunku Nadya Khyra pernah muncul dalam rancangan realiti terbitan Astro Gempak, The House, bersama ibunya, Ezurin Khyra serta adik-beradiknya yang lain.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement