Skip to main content

Hiburan

Ada Yang Pertikai, Netizen Tampil Pertahan Pemilihan Nama Anak Eyka Farhana - “Luay Tu Nama Moyang Rasulullah”

Eyka Farhana

Sekilas

  • Nama anak Eyka Farhana, Muhammad Luay Khayr, menjadi perhatian netizen yang mempertikai pemilihan nama tersebut.
  • Ramai netizen mempertahankan nama Luay yang diambil daripada moyang Rasulullah SAW yang kesembilan, Lu’aiy.
  • Eyka berkongsi berita gembira melahirkan anak pertama selepas berkahwin dengan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, pada 2 Mei 2025.

Nama anak kepada pelakon, Eyka Farhana iaitu Muhammad Luay Khayr menjadi perhatian sehinggakan ada netizen yang mempertikai pemilihan nama tersebut.

Menerusi hantaran beberapa individu di Threads, mereka merasakan pemilihan nama tersebut sebagai pelik malah ada yang mendakwa Eyka dan suami mahu menamakan anak mereka mengikut gaya Barat.

“Pelik-peliklah nama Luay, apa benda tu?” tulis seorang netizen.

Pertanyaan individu itu kemudiannya meraih perhatian netizen lain yang tampil mempertahankan pemilihan nama Luay.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi bahawa nama tersebut diambil daripada moyang Rasulullah SAW yang kesembilan iaitu Lu’aiy.

Terdahulu, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang selamat melahirkan cahaya mata pertama.

Untuk info, Eyka mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, pada 2 Mei 2025.

Anda mungkin berminat dengan

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Advertisement