Sekilas
- Cik B tanya di Threads tentang hukum memadam akaun atau hantaran Threads ibu sendiri secara berseloroh.
- Datuk Fazley Yaakob turut komen setuju untuk padam akaun Threads DSV supaya dia tak kena bebel tentang gambar Muay Thai.
- Netizen ramai-ramai halang Cik B dan Fazley daripada padam akaun DSV kerana DSV adalah penghibur popular di Threads.
Personaliti media sosial, Cik B menyorot perhatian netizen selepas mengajukan satu soalan bersahaja di platform Threads.
Menerusi perkongsian tersebut, Cik secara berseloroh mempersoalkan hukum sekiranya seseorang memadamkan akaun atau hantaran Threads milik ibu sendiri.
“Apa hukum delete Threads ibu kita? Adakah kita akan jadi anak derhaka?” tulisnya.
Lebih mencuit hati apabila kekasih hati Cik, Datuk Fazley Yaakob, turut meninggalkan komen dengan ‘agenda’ tersendiri.
Menerusi hantaran tersebut, Fazley menyatakan persetujuan untuk memadam akaun threads DSV agar dia tidak menerima bebelan daripada kekasihnya itu.
“Apa hukum setuju dengan @cikb_havoc66 untuk delete Thread mak dia... supaya saya tak kena bebel post gambar tak pakai baju masa Muay Thai? 👉👈” tulis Fazley.
Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menghalang Cik B dan Fazley daripada memadam akaun DSV kerana dia adalah penghibur di platform Threads.
"Jangannnnn dsv tu penghibur kami kt threads ni..jarang xlawak.
"Jangan didaa sunyi thread nanti hm 😂😌
"Jangan dida jangan...
"Deleta nanti dsv download balik.. dsv bijak Tau dida..
"Dida jgn mula satgi dsv merajuk lagi jenuh nak borong bunga n coklat nk pujuk," komen netizen.