Skip to main content
Advertisement

Hiburan

“Adik Kena Tahu Nama Adik, Anak-Anak Lain Semua Mama Yang Pilih, Tiada Campur Tangan Orang Lain” - Abby Abadi

Astro Gempak 278

Sekilas

  • Abby Abadi berkongsi video di Threads menunjukkan anak perempuannya, Marissa Dania, menghadiahkan gelang sebagai tanda penghargaan.
  • Abby menitipkan pesanan agar Marissa belajar dari pengalaman hidup dan menegaskan dia memilih nama anak-anak tanpa campur tangan orang lain.
  • Hubungan ibu dan anak itu kini semakin rapat selepas beberapa isu lalu yang mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi Abby Abadi menyorot perhatian ramai apabila kongsi video dirinya menerima hadiah berupa gelang daripada anak perempuannya, Marissa Dania.

Menerusi perkongsian di Threads, Abby memuat naik video memaparkan Marissa menghadiahkan sebuah kotak daripada kedai emas yang berisi gelang kepadanya.

Menurut Abby, hadiah tersebut cukup bermakna kerana diberikan atas inisiatif Marissa sendiri sebagai tanda penghargaan terhadap ibunya.

“‘Saya bagi mama sebab mama kan selalu bagi saya,’ kata Marissa.

“Terima kasih adik. Tangan adik dah penuh dah sebab adik magnet rezeki. Rezeki adik selalu murah.

“Kali ini Marissa Dania pula lakukan perkara itu dekat mama dia. Terima kasih sayang,” tulisnya.

fbfg



Dalam masa sama, pelakon berusia 47 tahun itu turut menitipkan pesanan buat anaknya supaya terus menjadikan pengalaman hidup sebagai pengajaran.

“Muda-muda lagi adik dah lalui pengalaman-pengalaman yang mendewasakan. Belajar daripada pengalaman.

“Api dalam sekam itu jangan percaya lagi tau,” katanya.

Abby turut berkongsi bahawa dia sendiri memilih nama Marissa dan anak-anaknya yang lain tanpa campur tangan mana-mana pihak.

“Dan adik kena tahu, nama adik, nama anak-anak lain semua mama yang pilih. Mama seorang ya, tiada campur tangan orang lain.

“Sebab apa? Sebab mama memang ‘power’,” selorohnya.

Terdahulu, hubungan ibu dan anak itu menjadi perhatian ramai susulan beberapa isu yang mencetuskan pelbagai spekulasi, namun kedua-duanya kini dilihat sudah kerap meluangkan masa bersama.

Advertisement

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

👩‍❤️‍👨new sweatshirt long sleeveT-shirt

👩‍❤️‍👨new sweatshirt long sleeveT-shirt

【READY STOCK AT MALAYSIA】Korean Women Sleeveless Singlet Inner Crop Top Shirt Turtleneck Camisole female Tight-fitting

【READY STOCK AT MALAYSIA】Korean Women Sleeveless Singlet Inner Crop Top Shirt Turtleneck Camisole female Tight-fitting

Must Watch Video

Advertisement