Skip to main content

Selebriti

Adrian Edy Ikrar Diri Sebagai Penderma Organ - “Selepas Saya Tiada, Biarlah Ada Yang Terus Hidup…””

Adrian Edy Ikrar Diri Sebagai Penderma Organ - “Selepas Saya Tiada, Biarlah Ada Yang Terus Hidup…””

Sekilas

  • Adrian Edy, personaliti media sosial dan sukarelawan, mengumumkan dirinya sebagai penderma organ melalui platform Threads.
  • Keputusan itu dibuat atas kesedaran bahawa segala yang dimiliki hanyalah pinjaman daripada Tuhan dan berharap sumbangan terakhirnya dapat membantu orang lain.
  • Rata-rata netizen memberi sokongan dan bertanya tentang cara menjadi penderma organ selepas pengumuman Edy.
Advertisement

Personaliti media sosial dan sukarelawan, Adrian Edy mengambil keputusan untuk mengikrarkan dirinya sebagai penderma organ.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Edy berkata keputusan tersebut dibuat atas kesedaran bahawa segala yang dimiliki manusia di dunia ini hanyalah pinjaman daripada Tuhan.

Advertisement

“Selepas saya tiada, biarlah ada yang terus hidup. Edy membuat keputusan untuk mengikrarkan diri sebagai penderma organ.

“Bagi Edy semua yang kita ada di dunia ini hanyalah pinjaman daripada Tuhan semata mata,” kongsinya.

Kata Adrian, meskipun dia mungkin tidak berpeluang mengenali penerima organnya atau menyaksikan kehidupan mereka selepas pemindahan berlaku, namun perkara itu tidak menghalang niatnya untuk membantu.

Sebaliknya, dia berharap keputusan tersebut dapat menjadi satu bentuk sumbangan terakhir yang memberi manfaat kepada insan lain apabila dirinya sudah tiada.

“Mungkin edy tidak tahu siapa yang akan terima, mungkin edy tidak akan sempat melihat senyuman mereka yang menerima.

“Tapi jika satu hari nanti ada organ daripada diri edy mampu memberi peluang untuk seseorang hidup, biarlah ia menjadi kebaikan terakhir yang edy tinggalkan di dunia ini,” jelasnya.

Sementara itu, di ruangan komen pula, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada Edy atas niat baiknya itu.

Malah ada juga yang berkongsi melakukan perkara yang sama sepeti Edy dan ada juga yang bertanyakan cara untuk menjadi penderma organ.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement