Skip to main content

Selebriti

Adrianna Adnan Tegur Sikap Majikan Marah Pekerja Depan Umum - “Jangan Maki Hamun Depan Pelanggan, Orang Nak Beli Pun Rasa Kekok…”

Adrianna Adnan pekerja bazar

Sekilas

  • Pelakon Adrianna Adnan menegur sikap majikan yang memarahi pekerja secara terbuka di hadapan pelanggan kerana ia menjatuhkan maruah pekerja dan membuat pelanggan rasa tidak selesa.
  • Adrianna mencadangkan agar teguran dilakukan secara peribadi kecuali jika melibatkan salah laku langsung antara pekerja dan pelanggan yang memerlukan tindakan segera.
  • Adrianna juga mengingatkan agar majikan bersabar terutama dalam situasi mencabar seperti bulan puasa dan cuaca panas, supaya suasana kerja lebih harmoni dan pelanggan tidak rasa awkward.

Pelakon, Adrianna Adnan tampil berkongsi pandangan berhubung sikap segelintir majikan yang memarahi pekerja secara terbuka di hadapan pelanggan.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Adrianna berkata tindakan menegur atau memarahi pekerja di depan orang ramai bukan sahaja menjatuhkan maruah mereka, malah membuatkan pelanggan berasa tidak selesa.

“Kalau nak marah staff atau pekerja, tarik ketepi. Tegur in private. Faham, marah dan frustrated. Tapi tengok keadaan sekeliling. 

“Jangan maki hamun pekerja depan customer yang tak perlu tahu pun apa masalah korang. 

“Customer nak beli pun rasa serba salah and rasa segan atau awkward terpaksa tengok situasi tersebut,” tulisnya.

Adrianna mengulas perkara itu selepas melihat situasi  yang berlaku di depan matanya di sebuah bazar, di mana seorang pekerja dimarahi majikannya di hadapan pelanggan.

Tambah Adrianna lagi, teguran secara terbuka hanya wajar sekiranya melibatkan salah laku secara langsung antara pekerja dan pelanggan yang memerlukan penyelesaian segera.

“Saya faham mencari rezeki dalam bulan puasa, cuaca panas, staff yang menguji kesabaran memang tak mudah. 

“Tapi, kalau kita boleh sabar sikit sahaja, insya-Allah, Dia akan permudahkan. Nak marah sangat atau nak tegur tunggu bila customer dah gerak ok? 

“Pekerja tak malu, pelanggan pun tak segan. Lainlah kalau pekerja tu buat hal kat pelanggan or vice versa. Haa tu boleh tegur direct, jadi boleh terus minta maaf sesama mereka,” jelasnya.

Berikut merupakan perkongsian penuh Adrianna:

Sumber: Threads @adriannaadnan
 

Anda mungkin berminat dengan

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Must-Watch Video

Advertisement