Skip to main content

Selebriti

Air Mata Mengalir, Amelina Tak Dapat Tahan Sebak Lawat Pusara Maya Matahari - “Aku Tak Boleh ‘Move On’ Langsung Sebab…”

Air Mata Mengalir, Amelina Tak Dapat Tahan Sebak Lawat Pusara Maya Matahari - “Aku Tak Boleh ‘Move On’ Langsung Sebab…”

Sekilas

  • Penyanyi Amelina menitiskan air mata ketika menziarahi pusara sahabat baiknya, Allahyarham Maya Matahari, yang meninggal dunia enam tahun lalu.
  • Amelina berkongsi rasa rindu dan kenangan manis bersama Maya yang pergi pada 18 Mac 2020 ketika PKP, menyebabkan dia hanya mampu meratapi dari jauh.
  • Kunjungan ke pusara Maya menjadi lebih bermakna apabila adik-adiknya membuat kejutan membawa Amelina menziarahi pusara arwah pada bulan kelahirannya.
Advertisement

Penyanyi, Amelina tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika menziarahi pusara sahabat baiknya, Allahyarham Maya Matahari.

Menerusi perkongsian di Instagram, Amelina membuat coretan menyentuh hati meluahkan rasa rindu terhadap sahabatnya yang meninggal dunia enam tahun lalu.

Advertisement

Menurut Amelina, pemergian Maya pada 18 Mac 2020 berlaku ketika negara sedang berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menyebabkan dia hanya mampu meratapi kehilangan sahabatnya dari jauh.

“18hb Mac 2020, kau pergi tinggalkan kami, time tu aku cuma meratapi dari jauh, aku tak boleh move on langsung sebab masa tu pkp.

“Banyak yang aku nak kongsikan dengan kau sis, bak kata kau lah walau pun aku yang paling tua dalam kawan-kawan kita @iedamoin79 @suzannedezek @haizahanafi tapi bak kata kau aku lah yang paling naif.

“Aku sangat bimbo, aku senang kena tipu, aku lurus bendul. Okay fine, i admit,” coretnya.

Dalam hantaran yang sama, Amelina berkata, kunjungan ke pusara Maya itu menjadi lebih bermakna apabila adik-adiknya membuat kejutan membawanya menziarahi ke pusara arwah pada bulan kelahirannya.

“Tapi adik-adik aku buat kejutan bawa aku melawat kau di bulan kelahiran aku.

“Allahu, aku cuma nak cakap aku rindu kau dan love u so much sis. Al fatihah untuk sahabatku Meyanalisa Rusli,” tulis.

Untuk rekod, Maya atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee menghembuskan nafas terakhir pada 18 Mac 2020 selepas berjuang melawan kanser.

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

Must Watch Video

Advertisement