Ringkasan AI
- Penyanyi Aisha Retno teruja dapat bertemu dengan idolanya, Ariana Grande dan Cynthia Erivo, di tayangan perdana filem Wicked: For Good di Singapura.
- Aisha diberi peluang berduet bersama Ariana dan Cynthia, yang juga bintang utama filem tersebut.
- Dia berkongsi pengalaman manis itu di media sosial sebagai satu kenangan berharga dalam hidupnya.
- Aisha dipilih sebagai penyumbang suara untuk watak Glinda dalam versi alih suara Bahasa Melayu filem Wicked.
- Peluang ini dianggap sangat bermakna dan menguatkan lagi penghargaan Aisha terhadap kedua-dua figura hebat tersebut.
Penyanyi, Aisha Retno, berkongsi rasa teruja selepas berpeluang bertemu dengan idolanya, penyanyi antarabangsa Ariana Grande dan Cynthia Erivo di acara karpet merah tayangan perdana filem Wicked: For Good yang berlangsung di Singapura.
Lebih istimewa, Aisha turut diberi peluang untuk berduet bersama Ariana dan juga Cynthia yang juga merupakan salah seorang bintang utama filem tersebut.
Aisha berkongsi momen manis itu menerusi hantaran di media sosial, sambil menyifatkan peluang itu sebagai pengalaman berharga dalam hidupnya.
“Crying crying crying. @wickedmovie. Saya mewakili Malaysia untuk tayangan perdana filem Wicked. Saya sayang Ariana, saya sayang Cynthia.
“Dua figura hebat ini benar-benar mengubah saya menjadi lebih baik.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Saya sudah menjadi peminat mereka sejak dulu. Terima kasih kepada UIP Malaysia atas peluang keemasan ini. Glinda dubber Malaysia signing off!hehe,” tulisnya.
Untuk info, Aisha sebelum ini dipilih sebagai penyumbang suara (dubber) untuk watak Glinda dalam versi alih suara Bahasa Melayu untuk filem Wicked.
Pertemuan itu sekaligus menjadikan momen itu lebih berharga buat Aisha.