Sekilas
- Pelakon Azah Aziz berkongsi foto lama sekitar tahun 2000 yang menunjukkan gaya rambut pendek sama panjang yang pernah digayakan.
- Azah suka bereksperimen dengan potongan rambut dulu untuk lihat mana yang sesuai dengan penampilannya.
- Kini, dia lebih selesa dengan rambut pendek kerana mudah dijaga dan tidak memerlukan masa lama untuk menggayakannya.
Pelakon, Azah Aziz, mengimbau kembali kenangan lama selepas menemukan sekeping foto merakamkan dirinya menunjukkan gaya rambut pendek yang sama panjang.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Azah berkata, foto itu dirakamkan sekitar tahun 2000.
Menurut Azah, pada ketika itu dia gemar bereksperimen dengan gaya rambut bagi melihat kesesuaian sesuatu potongan dengan penampilannya.
“Stroll gambar lama-lama, tiba jumpa gambar ni tahun 2000 kita pernah potong rambut pendek yang sama length.
“Dulu-dulu memang suka experiment potong rambut sesuka hati sebab nak tahu sesuai ke tak dengan kita,” kongsinya.
Bagaimanapun kata Azah, kini dia lebih selesa memilih gaya rambut pendek kerana mudah dijaga dan tidak memerlukan masa yang lama untuk menggayakannya.
“Tapi bila dah berumur ni, potong rambut pendek sebab senang nak jaga tak payah dah nak kasi Nak iron strength atau ropol-ropol blow.
“Yang penting kita selesa. (Jangan nak komen suruh bertudung ya, kita tak sedia lagi),” tulisnya.