Skip to main content

Selebriti

Aisha Retno Syukur Miliki Mikrofon Sendiri Selepas 8 Tahun - “Segala Kesusahan, Jatuh Bangun, Air Mata Berbaloi”

Aisha Retno mic baru

Sekilas

  • Aisha Retno berkongsi rasa syukur selepas berjaya memiliki mikrofon khas hasil usaha keras selama lapan tahun dalam industri muzik.
  • Dia menganggap pencapaian ini sebagai hadiah untuk dirinya sendiri dan berterima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong kariernya.
  • Perkongsian Aisha mendapat reaksi positif daripada peminat dan rakan selebriti yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kejayaannya.
Advertisement

Penyanyi, Aisha Retno meluahkan rasa syukur dan gembira apabila akhirnya berjaya memiliki mikrofon tersendiri yang ditempah khas hasil usaha keras sepanjang lapan tahun dalam industri hiburan.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Aisha menyifatkan pencapaian tersebut sebagai satu hadiah buat dirinya selepas melalui pelbagai cabaran dan pengorbanan demi meneruskan minat dalam bidang muzik.

Advertisement

“Hadiahkan diri sendiri mickrofon khas selepas selepas lapan tahun berada dalam industri seni dan insya-Allah perjalanan ini masih panjang.

“Segala kesusahan, jatuh bangun, air mata, keringat serta momen-momen kecil yang membahagiakan sepanjang perjalanan ini sangat berbaloi, terutama untuk saat ini.

“Saya akan terus bekerja lebih keras demi minat, para penyokong serta sudah tentu keluarga dan rakan-rakan,” tulisnya.

Advertisement

Dalam masa sama, penyanyi lagu Jodoh Lebaran itu turut berterima kasih kepada para peminat yang tidak pernah berhenti memberi sokongan sehingga dia mampu mencapai satu demi satu impian dalam karier nyanyiannya.

“Terima kasih kerana percayakan saya sampai ada mic sendiri guys.

“Insha-Allah, semoga yang lebih baik-baik lagi ya selepas ini di industri penuh warna ini amin,” coretnya.

Perkongsian itu ternyata mengundang pelbagai reaksi positif daripada peminat dan rakan selebriti yang turut tumpang gembira dengan kejayaan Aisha.

Malah, mereka juga turut mengucapkan tahniah dan mendoakan Aisha lebih berjaya dalam kerjaya seni selepas ini.

Anda mungkin berminat dengan

《Mega Deal》Plus Size Adjustable Bra Bamboo Charcoal Simple and Thin Wireless Bra Without Rims

《Mega Deal》Plus Size Adjustable Bra Bamboo Charcoal Simple and Thin Wireless Bra Without Rims

GIGI HADID ACID WASH WIDE LEG JEANS 24-36

GIGI HADID ACID WASH WIDE LEG JEANS 24-36

ELGINI E16252 Windbreaker Muslimah S-XXL | Muslimah Water-Resistant Windbreaker

ELGINI E16252 Windbreaker Muslimah S-XXL | Muslimah Water-Resistant Windbreaker

Bra PLUS SIZE Cup B/C FULL CUP 3 Hook [ANNAH] Wireless Bra / Baju Dalam Bra Wanita Penuh Tutup Tanpa Dawai 34~52

Bra PLUS SIZE Cup B/C FULL CUP 3 Hook [ANNAH] Wireless Bra / Baju Dalam Bra Wanita Penuh Tutup Tanpa Dawai 34~52

[MURAH SEKALI] – 1 Pair High Quality Plain Color Stokings for Men & Women Free Size READY STOCK

[MURAH SEKALI] – 1 Pair High Quality Plain Color Stokings for Men & Women Free Size READY STOCK

Love Knot SuperSticky™ Angel Wing Adhesive Nubra Cup A-F Seamless Invisible Push Up Stick On Wedding Silicon Bra

Love Knot SuperSticky™ Angel Wing Adhesive Nubra Cup A-F Seamless Invisible Push Up Stick On Wedding Silicon Bra

Must Watch Video

Advertisement