Sekilas
- Farah Ahmad berkongsi kisah ibu mentuanya, Datuk Fauziah Nawi, yang dikecam penggiat seni selepas cuba bertemu Yang di-Pertuan Agong untuk menyuarakan nasib anak seni semasa PKP.
- Usaha Fauziah akhirnya membuahkan hasil apabila kerajaan membenarkan penggiat seni kembali bekerja dengan syarat mematuhi SOP.
- Farah juga mendedahkan gelaran Datuk yang diterima ibu mentuanya adalah satu kejutan selepas sekian lama hanya dijadikan gurauan.
Pelakon, Farah Ahmad berkongsi perjuangan ibu mentuanya yang juga aktress, Datuk Fauziah Nawi ketika negara berdepan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun lalu.
Menerusi perkongsian di Threads, Farah mengimbas kembali bagaimana ibunya pernah menerima kecaman daripada segelintir penggiat seni selepas menyuarakan hasrat untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong bagi menyampaikan keluhan mengenai nasib anak seni yang hilang punca pendapatan ketika PKP.
"Aku saksi mata basa Fauziah Nawi. Ingat lagi 6 tahun lepas Mama Fauziah Nawi dikecam beberapa orangg seni sendiri kerana satu status FB mama nak jumpa Agong nak luah perihal orang seni yang tiada kerja di waktu PKP. Sibuk jer ingat Agong tak ada benda lain nak fikir ker lebih kurang macam tu maksud ayat dia aku tak berapa ingat.
"Aku cakap biarkan ma. Allah ada. Nak dijadikan cerita teguhnya KUN FAYA KUN esok mama bagi tahu aku, orang istana call, Tuanku suruh dtg istana . Oooo xtahu nak cakap apa," tulisnya.
Namun, momen yang paling diingati Farah berlaku sebelum mereka meninggalkan istana apabila dia dan ibunya dipanggil masuk ke sebuah pejabat persendirian.
"Aku ingat sebelum pulang mama dan aku dipanggil masuk ke dalam pejabat persendirian. Ditanya kpd ibu semua wakil sudah menyuarakan di bilik meeting. Sekarang pertanyaannya adalah ibu sendiri nak apa?
"Kami berdua terkedu, tapi mama jawap: Saya tak nak apa-apa . Bagilah anak seni berkerja, anak seni nak cari duit untuk makan ahli keluarga. Aku tak tipu aku saksi itulah jawapan mak aku. Dia tak minta apa2 pun untuk diri sendiri.
"Dia tahu dia boleh minta apa saja dan insyallah akan ditunaikan. Tapi mama tak. Dan sebelum kami keluar, ada satu suara berkata ibu ini kad. Kalau ibu nak apa2 dan tahu nak apa hubungi number ni," ujarnya.
Beberapa hari kemudian, usaha tersebut akhirnya membuahkan hasil apabila kerajaan mengumumkan bahawa penggiat seni dibenarkan kembali bekerja dengan syarat mematuhi SOP yang ditetapkan.
Bagi Farah, perkara tersebut menjadi satu lagi bukti kepada kekuasaan Allah dalam memakbulkan niat baik ibunya.
Pada masa sama, Farah turut berkongsi mengenai rezeki Allah apabila ibu mentuanya itu menerima surat daripada pihak istana mengenai penganugerahan gelaran Datuk.
Menurut Farah, gelaran tersebut pada awalnya hanyalah gurauan yang sering digunakan untuk menggembirakan ibunya itu.
"Selepas 3 tahun . Aku bawak mama ke Melaka kami ada urusan kerja. ada kenalan susah check in nama aku Dan mama. Dan letak title mama sebagai Datuk Fauziah. Dalam nada gurauan aku selalu panggil mama Datuk .. Datuk Fauziah sj gurau bg happy.
"Tup tup slp bbrp bulan dpt surat dari Istana akan penganugerahan Datuk. Lagi sekali KUN FAYA KUN. ( Cerita dpt datuk ni panjang sebenarnya. Nantilah ada masa aku cerita," tambahnya.
Berikut merupakan perkongsian penuh Farah Ahmad.