Skip to main content

Hiburan

Akui Hantaran Mengenai Da’i Syed Timbulkan Kemarahan, Syed Iqbal Tampil Mohon Maaf - “Saya Menulis Dalam Keadaan Emosi Sebagai…”

Syed Iqbal

Sekilas

  • Syed Iqbal memohon maaf secara terbuka atas hantaran di media sosial yang menimbulkan salah faham dan kemarahan ramai.
  • Beliau menegaskan tidak menyebelahi atau mempertahankan mana-mana pihak dan hanya berkongsi perasaan sebagai ahli keluarga yang sedang menghadapi ujian.
  • Iqbal juga merayu agar serangan, ugutan, dan penyebaran kebencian terhadap dirinya dan keluarga dihentikan serta menyerahkan urusan kepada pihak berwajib.

Menyedari perkongsian mengenai abang sendiri, Da’i Syed menimbulkan salah faham, penyanyi Syed Iqbal tampil memohon maaf secara terbuka menerusi Instastory miliknya. 

 

Menurut Iqbal, dia tidak mempunyai niat untuk menyebelahi atau mempertahankan mana-mana pihak sebaliknya hanya berkongsi keadaan emosi sebagai ahli keluarga sedang berdepan ujian. 

 

“Susulan hantaran saya sebelum ini yang telah tersebar dan menimbulkan pelbagai reaksi di media sosial, saya ingin mengeluarkan kenyataan berikut.

 

“Saya ingin memohon maaf secara terbuka atas hantaran saya sebelum ini. Saya sedar tulisan tersebut telah menimbulkan kemarahan, salah faham, dan melukakan perasaan banyak pihak.

 

“Itu bukan niat saya. Saya menulis dalam keadaan emosi sebagai seorang ahli keluarga yang sedang berdepan ujian besar.

“Saya ingin jelaskan dengan tegas, saya tidak menyebelahi, tidak mempertahankan, dan tidak meremehkan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang atau tidak bermoral,” katanya. 

 

Mohon hentikan serangan, ugutan terhadap dirinya, Iqbal turut menjelaskan hantaran yang dibuat berdasarkan dari sudut peribadi dan proses muhasabah diri.

 

“Hantaran tersebut hanya berkisar tentang apa yang saya lihat dari sudut peribadi dan proses muhasabah diri, bukan untuk membenarkan apa-apa perbuatan, dan bukan untuk menafikan kesakitan mana-mana pihak.

 

“Saya mengambil tanggungjawab penuh perkongsian itu tidak wajar dibuat di ruang awam, dan saya benar-benar menyesal atasnya.

 

“Saya juga merayu agar hentikan serangan, ugutan, dan penyebaran terhadap diri saya, orang terdekat, rakan-rakan, dan keluarga kami. Mereka tidak terlibat dalam apa yang berlaku dan tidak wajar menanggung kebencian ini.

 

“Buat masa ini, saya memilih untuk berdiam diri dan menyerahkan segala urusan kepada saluran yang sepatutnya. Terima kasih kepada semua yang masih menjaga adab dan kemanusiaan,” katanya. 

Must-Watch Video

Advertisement