Skip to main content

Hiburan

Aliff Syukri Sebak Dengar Ucapan Hari Bapa Dari Ammar Ahyan - “Walaupun Abah Garang, Tapi…”

Aliff Syukri

Sekilas

  • Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi ucapan Hari Bapa yang menyentuh hati daripada anak sulungnya, Ammar Ahyan, menerusi mesej suara dalam kumpulan WhatsApp keluarga.
  • Ammar menghargai Aliff sebagai ayah yang bertanggungjawab dan sentiasa memberi masa walaupun sibuk dengan kerja.
  • Aliff mengajak semua bapa menjadi pemimpin terbaik untuk anak-anak dan turut mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada arwah bapanya, bapa mentuanya, dan semua bapa di seluruh dunia.
Advertisement

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi momen menyentuh apabila menerima ucapan istimewa bersempena Hari Bapa daripada anak-anaknya telah dihantar menerusi perbualan di kumpulan (group) WhatsApp keluarganya.

Menurut Aliff, antara yang paling memberi kesan adalah mesej suara yang dikongsikan anak sulung, Ammar Ahyan.

Advertisement

Dalam rakaman suara itu, Ammar menzahirkan penghargaan terhadap Aliff yang disifatkan sebagai seorang ayah yang sentiasa bertanggungjawab meskipun sibuk dengan urusan kerja.

“Sempena Hari Bapa ni, tengok anak-anak saya beri ucapan di group famili. Tengok Ammar Ahyan punya wish. Benda ni private, tapi saya just nak share kat saya punya follower.

“Selamat Hari Bapa ya Abah.

“Terima kasih menjadi ayah yang sangat bagus. Walaupun abah garang, tapi abah tunjuk tentang kepentingan hidup dan betapa susahnya cari duit.

“Dan selalu bertanggungjawab dan memberi masa walaupun Abah sibuk. Dan mengajar kita untuk senang bukan senang,” kata Ammar Ahyan.

Ujar Aliff, ucapan itu sangat menyentuh hatinya serta membawa makna yang sangat besar buat dirinya sebagai seorang bapa.

“Walaupun dia nampak simple, tapi ia amat bermakna buat saya sebagai seorang abah.

“Kepada abah-abah kat luar, semoga menjadi abah yang terbaik kepada anak-anak anda.

“Saya percaya, satu kebaikan yang kita buat kat anak kita, pahala itu akan dapat sama walaupun kita meninggal dunia.

“Sebab kita sebagai seorang pemimpin, perlulah menjadi pemimpin yang terbaik untuk anak-anak kita,” ujarnya.

Dalam masa sama, Aliff turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada arwah bapanya, bapa mentuanya serta semua bapa di seluruh dunia.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement