Skip to main content

Hiburan

Allan Anderson Pertahankan Meerqeen Soal Wanita Idaman, Minta Netizen Hormati Citarasa Orang Lain - “Kalau Dia Suka Tak Berhijab, Itu Pilihan Dia”

fbbfg

Sekilas

  • Allan Anderson mempertahankan pelakon Meerqeen yang dikritik kerana berkongsi ciri wanita idamannya secara terbuka.
  • Allan menegaskan setiap individu berhak mempunyai selera sendiri dalam memilih pasangan tanpa perlu diserang atau dikutuk.
  • Meerqeen menyatakan dia suka wanita yang tinggi, cantik, sihat dan beradab, tanpa meletakkan syarat berhijab atau tidak.

Penyanyi Allan Anderson mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang mengkritik dan mengecam kenyataan pelakon Meerqeen berhubung ciri-ciri wanita idamannya.

Menerusi perkongsian di Threads, Allan mengulang siar satu klip temu bual Meerqeen sambil meluahkan rasa hairan terhadap reaksi negatif yang diterima pelakon itu.

fvff

“Pertanyaan saja, kenapa ramai yang terus mengutuk dia sebab kenyataan itu? Bukankah itu cuma keutamaan atau cita rasa dia?

“Saya rasa semua orang ada selera masing-masing. Kenapa perlu serang orang yang seleranya bukan kamu?” tulis Allan.

Menurut Allan lagi, pilihan Meerqeen tidak sepatutnya dijadikan isu besar kerana setiap individu berhak menentukan keutamaan sendiri dalam mencari pasangan hidup.

“Kalau dia lebih suka perempuan tidak berhijab, itu pilihan dia. Kamu yang berhijab pula adalah pilihan lelaki lain.

“Itu selera dia, jadi hormatilah. Mungkin kamu pula adalah selera orang lain,” tambahnya.

Terdahulu, pelakon filem Klepet itu menimbulkan perbincangan hangat apabila secara terbuka berkongsi ciri-ciri wanita yang dicari untuk dijadikan pasangan.

Menerusi podcast Myn & Cat yang dihoskan oleh pelakon Yasmin Hani dan Catriana Ross, Meerqeen menyatakan dia menyukai wanita yang tinggi, cantik, sihat serta memiliki adab yang baik.

Bagaimanapun, Meerqeen menegaskan dia tidak meletakkan syarat sama ada wanita tersebut berhijab atau sebaliknya.

 

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement