Skip to main content

Kecantikan

Ambil Alih Miss Universe Malaysia, Ayu Omar Sedar RPEM Jadi Perbandingan - "Sudah Tentu Akan Ada Persoalan..."

Ambil Alih Miss Universe Malaysia, Ayu Omar Sedar RPEM Jadi Perbandingan - "Sudah Tentu Akan Ada Persoalan..."

Sekilas

  • Ratu Prestigious Event Management (RPEM) akan menguruskan Miss Universe Malaysia mulai edisi 2026 dengan tema baharu 'Legacy Reimagined'.
  • Peserta MUM 2026 dibuka kepada wanita berumur 18 hingga 50 tahun tanpa mengira status perkahwinan, termasuk ibu tunggal dan balu.
  • 13 finalis telah diumumkan, dengan pertandingan awal pada 30 September dan malam kemuncak pada 2 Oktober sebelum pemenang ke Miss Universe di Puerto Rico.
Advertisement

Mengambil alih pengurusan sebuah pertandingan ratu cantik berprestij bukan tugas mudah, apatah lagi apabila organisasi terdahulu sudah bertahun-tahun mengendalikan jenama berkenaan.

Itu situasi yang dihadapi Presiden Ratu Prestigious Event Management (RPEM), Ayu Omar selepas syarikat berkenaan mengambil alih pengurusan Miss Universe Malaysia (MUM) bermula edisi 2026.

Advertisement

Ayu mengakui sedar langkah tersebut menjadi perhatian peminat pertandingan ratu cantik, malah pengurusan baharu turut berdepan perbandingan dengan organisasi terdahulu.

“Ini merupakan tahun pertama saya mengambil alih lesen Miss Universe Malaysia 2026. Sudah tentu ia menjadi teka-teki kepada semua orang kerana sebelum ini kita tahu syarikat terdahulu telah memegang lesen tersebut bertahun-tahun dan mempunyai terlalu banyak penaja serta jenama besar yang bekerjasama dengan mereka.

“Jadi, sudah tentu akan ada persoalan daripada orang ramai. Sebab itulah saya rasa saya sangat bertanggungjawab untuk memberitahu perkara tersebut secara rasmi dalam sidang media,” katanya kepada Gempak.

Namun, Ayu mahu peluang diberikan kepada RPEM untuk membuktikan kemampuan mereka membawa hala tuju baharu kepada pertandingan tersebut.

Malah, edisi kali ini turut memperkenalkan pendekatan berbeza menerusi tema ‘Legacy Reimagined’.

Advertisement

Perubahan besar turut dilakukan terhadap kelayakan peserta apabila MUM 2026 membuka penyertaan kepada wanita berusia antara 18 hingga 50 tahun tanpa mengira status sama ada bujang, sudah berkahwin, ibu tunggal atau balu.

Setakat ini, 13 finalis sudah diperkenalkan dengan dua lagi peserta bakal diumumkan kemudian.

Pertandingan awal bakal berlangsung pada 30 September diikuti malam kemuncak pada 2 Oktober sebelum pemenang membawa cabaran Malaysia ke Miss Universe 2026 di Puerto Rico pada November.

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

Laneige Perfect Renew Nourishing Oil-To-Foam Cleanser 200ML

Laneige Perfect Renew Nourishing Oil-To-Foam Cleanser 200ML

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Must Watch Video

Advertisement