Skip to main content

Hiburan

Amira Othman Tak Boleh Tidur Malam, Terkenang Nasib Sukarelawan Global Sumud Flotilla - “Heliza Ada Mesej Beritahu…”

Amira Othman

Penyanyi, Amira Othman akui turut terkesan dengan insiden melibatkan sukarelawan Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
 

Menerusi satu potongan video yang dikongsikan di TikTok, Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman mendedahkan dia sukar untuk tidur selepas menerima khabar sedih itu.


“Kalau cerita tentang mereka, memang meremang. Saya beritahu Fattah yang saya tak boleh tidur semalam,” katanya. 


Amira turut berkongsi penyanyi yang salah seorang sukarelawan GSF, Heliza Helmi sempat memberikan mesej kepadanya ketika dikepung oleh tentera Zionis. 


Dalam pada itu, pelantun lagu Hati-Hati itu menyeru orang ramai terus menitipkan doa buat keselamatan para sukarelawan yang kini berada dalam situasi getir.


“Pukul 4 lebih pagi, Kak Ja (Heliza Helmi) sempat mesej saya beritahu mereka dikepung. Terus teringat-ingat sampai sekarang.Sebelum kita mula apa-apa pun, kita doakan mudah-mudahan semuanya selamat,” tambahnya.
 

Advertisement

Pada Khamis lalu, media melaporkan seramai 23 sukarelawan Malaysia ditahan tentera Israel ketika menyertai misi berkenaan. 


Antara yang terlibat ialah Nurul Hidayah Mohd Amin (Ardel Aryana), Zizi Kirana, Zulfadhli, Rusydi Ramli, Musa Nuwayri, Muaz Zainal, Haikal Abdullah, Iylia Balqis, Sul Aidil dan Norfarahin Romli (Farah Lee).
 

Bagaimanapun, menurut laporan Astro AWANI , semua sukarelawan berkenaan disahkan selamat dan akan dibawa pulang menerusi sebuah negara ketiga.

Must-Watch Video

Advertisement