Skip to main content

Selebriti

Ammar Ahyan Didakwa Tak Ikut Protokol, Shahida Tampil Beri Penjelasan - “Saya Minta Maaf, Dia Mungkin Nervous…”

Ammar Ahyan Didakwa Tak Ikut Protokol, Shahida Tampil Beri Penjelasan

Isteri kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan mengatakan anak sulungnya, Ammar Ahyan tidak mengikut protokol ketika menghadiri majlis Hi-Tea bersama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Menurut Shahida, Ammar bukanlah tidak mengikut protokol seperti yang didakwa sebaliknya kejadian itu berlaku mungkin disebabkan timbulnya rasa gementar dalam diri Ammar selepas menjadi individu pertama dipanggil untuk menyampaikan cek bersama Raja Muda Selangor.

Advertisement

“Ramai yang kata Ammar tak ikut protokol, saya minta maaf. Yang pertama, benda ini last minute, sebenarnya saya dan Aliff yang patut pergi.

“Tetapi sehari sebelum majlis saya maklumkan kepada Ammar yang dia kena gantikan mama dan abah sebab kami tak dapat nak pergi.

“Dia bukannya kenapa tak traning, kenapa tak ikut protokol tapi sebab ini benda last minute. Yang keduanya, Ammar seperti ada ‘terblocking’ Raja Muda Selamgor dalam video itu.

“Dia adalah orang pertama yang dipanggil, korang bayangkanlah bila jadi orang pertama, kita tak nampak contoh orang lain, macam mana nak buat jadi mesti kita jadi panik.

“Contoh kalau dia jadi orang yang kedua atau ketiga, mungkin dia akan faham sebab sudah tengok cara orang yang sebelum itu.

“Jadi sudah tentulah dia akan rasa sedikit kekok dan tidak faham,” jelasnya menerusi sesi siaran langsung baru-baru ini.

Dalam pada itu, Shahida juga memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku dan memohon orang ramai untuk menghentikan kecaman terhadap Ammar.

“Saya minta maaf. Ramai juga yang kutuk kutuk kata Ammayan tak ada protokol lah, kena ajar lah, dia pun tak ada niat. 

“Dia baru berusia 17 tahun, baru habis kelas, mama suruh dia pergi. Dengan penat penat balik kelas itu dia pergilah tolong mama dia.

“Tapi anda semua janganlah kecam kecam dia tak ada protokol, sebab dia pergi pun last minit,” ujarnya.

Berikut merupakan penjelasan penuh Shahida:

 

@dherbs_hq Maaf ammar ya, baru lagi nak melangkah untuk membantu mama dan abah🙏🏻 #dherbs #amamar #protokol #gosip ♬ original sound - Dherbs Online

Must-Watch Video

Advertisement