Skip to main content

Hiburan

Ammar Nazhan Tak Serik? Netizen Dakwa Masih Buat ‘Live Stream’ Piala Dunia Guna Akaun Berlainan - “Tangan Pegang Controller Konon Main…”

Ammar Nazhan

Sekilas

  • Pempengaruh Ammar Nazhan didakwa melakukan siaran langsung perlawanan Piala Dunia 2026 di akaun TikTok berbeza selepas disekat tujuh hari kerana isu hak cipta.
  • Tindakan Ammar menyiarkan perlawanan tanpa kebenaran mendapat kecaman netizen kerana mencabuli hak penyiar rasmi, RTM.
  • Ammar telah memohon maaf dan mengakui kesilapan, serta menjelaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak.

Selepas mengakui kekhilafan, pempengaruh Ammar Nazhan sekali lagi menjadi perhatian apabila didakwa melakukan ‘live stream’ acara sukan antarabangsa, Piala Dunia 2026 di media sosial.

Menerusi hantaran dibuat seorang pengguna di Threads, Ammar dilihat masih melakukan perbuatan tersebut dengan menggunakan akaun yang berlainan selepas telah disekat selama tujuh hari daripada melakukan sebarang sesi siaran langsung di TikTok.

“Ammar Nazhan live FIFA dekat akaun sini pula. Live Spain menentang Austria.

“Boleh ke? Tangan dia pegang controller konon main PS5,” kongsi individu tersebut.

Terdahulu, tular tangkap layar memaparkan siaran langsung TikTok Ammar Nazhan yang turut disertakan dengan rakaman semula perlawanan Piala Dunia FIFA tanpa kebenaran.

Tindakan tersebut mendapat kecaman hebat netizen kerana didakwa mencabuli hak Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyiar rasmi FIFA edisi kali ini.

Ammar kemudiannya membuat permohonan maaf sambil menjelaskan bahawa dia tidak berniat menyinggung hati mana-mana pihak.

Kemudiannya, Ammar berkongsi bahawa dia disekat daripada membuat siaran langsung di TikToknya susulan isu hak cipta berkaitan penyiaran perlawanan berkenaan.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement