Skip to main content

Hiburan

“Ampunkan Saya,Papa” - Fasha Sandha Tak Sengaja ‘Kasari’ Jalaluddin Hassan Di Set Penggambaran

Astro Gempak 233

Sekilas

  • Pelakon Fasha Sandha berkongsi momen tidak sengaja mengasari Datuk Jalaluddin Hassan ketika penggambaran drama Kasih Yang Terkorban.
  • Video di TikTok menunjukkan Fasha memukul bahagian atas lutut Jalaluddin secara tidak sengaja semasa babak emosi.
  • Fasha dan Jalaluddin telah bekerjasama lebih 20 tahun dan bergandingan sebagai bapa dan anak dalam lebih 25 drama bersiri.
Advertisement

Pelakon Fasha Sandha mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen ketika tidak sengaja mengasari pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan sewaktu menjalani penggambaran drama Kasih Yang Terkorban (Love Of My Life).

Menerusi perkongsian dalam TikTok, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan memuat naik video di sebalik tabir yang memaparkan dirinya sedang melakonkan babak yang penuh emosi sebelum secara tidak sengaja memukul bahagian atas lutut Jalaluddin.

Advertisement

 

@nurfashasandha

20 TAHUN kerja bersama, lebih 25 kali jadi bapak anak dalam drama bersiri, ini kali pertama tidak sengaja mengasari DATUK JALAL. Ampunkan sy papa 🥲 BTS KASIH YANG TERKORBAN (LOVE OF MY LIFE) thanks APIT N TASHA for the video 🥲

♬ original sound - Fasha Sandha

 “20 tahun kerja bersama, lebih 25 kali jadi bapak dan anak dalam drama bersiri, ini kali pertama tidak sengaja mengasari Datuk Jalal.

 

Advertisement

“Ampunkan saya, papa. Terima kasih Apit dan Tasha untuk video ini,” tulisnya.

Rata-rata turut memuji keserasian Fasha dan Jalaluddin yang sudah bergandingan dalam puluhan naskhah sehingga sering membawa watak anak dan bapa.

Untuk rekod, Fasha dan Jalaluddin telah bekerjasama lebih dua dekad serta bergandingan sebagai bapa dan anak dalam lebih 25 buah drama bersiri.

 

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

Must Watch Video

Advertisement