Sekilas
- Amyra Rosli selamat melahirkan anak lelaki pada pagi Khamis, berita yang dikongsi oleh suaminya, Amar Baharin di Instagram.
- Amar mengucapkan syukur dan mendoakan agar anak mereka membesar dengan sihat, beriman, dan menjadi penyejuk hati ibu bapa.
- Amar dan Amyra berkahwin sejak 2016 dan kini mempunyai tiga cahaya mata, termasuk dua anak sebelum ini berumur 8 dan 5 tahun.
Pelakon, Amyra Rosli selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada pagi Khamis.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri suaminya yang juga pelakon, Amar Baharin menerusi perkongsian di Instagram.
Menerusi perkongsian yang dibuat, Amar menzahirkan rasa syukur serta menitipkan doa agar cahaya mata lelakinya itu membesar menjadi seorang anak yang menjadi penyejuk hati ibu bapa dan sentiasa dibawah rahmat Allah SWT.
“Alhamdulillah, dengan izin Allah, isteri saya telah selamat melahirkan. Baby sihat, ibu pun sihat dan kini sedang berehat dan melalui proses recovery.
“Terima kasih buat keluarga, sahabat dan semua yang mendoakan kami. Semoga setiap doa yang baik Allah balas dengan kebaikan juga buat kalian.
“Ya Allah, berkatilah anak kami ini. Peliharalah dia, kurniakan kepadanya kesihatan, iman dan akhlak yang baik.
“Jadikanlah dia anak yang soleh, penyejuk hati buat ibu dan ayahnya, serta sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan-Mu aamin,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah buat Amar dan Amyra atas kelahiran itu.
Untuk rekod, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 2 November 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 8, dan Ayra Aryssa, 5 tahun.
Sumber: Instagram