Skip to main content

Hiburan

Anak Arwah Lan Zailan Luah Rasa Terharu, Tak Sangka Bapa Dikenali - “Knowing How Struggle He Is In This Line…”

Lan Zailan

Sekilas

  • Juliza, anak kepada Allahyarham Lan Zailan, berterima kasih atas sokongan dan penghargaan orang ramai terhadap bakat arwah bapanya.
  • Juliza berkongsi bahawa tiada adik-beradik lain yang mengikuti jejak langkah arwah dalam bidang lakonan.
  • Lan Zailan meninggal dunia pada 19 Disember 2025 akibat kanser pankreas tahap empat, dan perkongsian Juliza mendapat reaksi sebak daripada warganet.
Advertisement

Anak kepada pelakon, Allahyarham Lan Zailan yang dikenali sebagai Juliza meluahkan rasa terharu apabila arwah bapanya dikenali ramai.

Menerusi ciapan di Threads, Juliza mengakui dia dan keluarga tidak menyangka arwah bapanya dikenali ramai memandangkan perjalanan kariernya sebagai seorang anak seni bukanlah sesuatu yang mudah.

Advertisement

Dalam masa sama, Juliza turut menzahirkan penghargaan kepada semua yang sentiasa menyokong serta menghargai bakat arwah bapanya.

“Knowing my father how struggle he is in this line, kami tak sangka dia dikenali.

“Kepada yang nampak jerih perih dia, sokong dia sepanjang keberadaan dia, kami ucapkan terima kasih.

“Yang sentiasa mendoakan dan sentiasa menghargai bakatnya, terima kasih,” luah Juliza.

Menerusi perkongsian yang sama, Juliza memaklumkan bahawa tiada seorang pun dalam kalangan adik-beradik yang mengikut jejak langkah arwah ayahnya dalam bidang lakonan.

“Hanya dia sahaja yang berada di line ini, kami anak beranak tidak dibenarkan sama sekali,” jelasnya.

Perkongsian itu kemudiannya mengundang sebak warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa rindu melihat lakonan arwah Lan Zailan.

Sekadar info, Lan Zailan menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 19 Disember 2024 akibat kanser pankreas tahap empat.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement