Sekilas
- Nick Hogan, anak mendiang Hulk Hogan, memberi bayangan untuk menyertai bidang gusti profesional dan menyambung legasi bapanya.
- Nick kini sedang menjalani latihan gusti bersama Byran Idol di Los Angeles dan mengakui minatnya terhadap WWE sudah lama mengalir dalam darahnya.
- Dia juga sering berhubung dengan pemain industri WWE dan merasakan mereka seperti keluarga kepadanya.
Anak lelaki mendiang pesohor ahli gusti WWE, Hulk Hogan iaitu Nick Hogan memberi gambaran akan menyertai bidang sama sekaligus menyambung legasi yang ditinggalkan bapanya.
Hogan meninggal dunia pada Julai lalu selepas diserang sakit jantung.
Beberapa bulan selepas bapanya meninggal dunia, Nick dilihat akan mengikut jejak langkah Hogan.
Lelaki berusia 35 tahun ini antaranya mempamerkan dirinya sedang melakukan latihan menjadi ahli gusti profesional bersama Byran Idol selepas sampai di Los Angeles, lapor People.
Apabila ditanya adakah dia akan menyambung legasi mendiang bapanya, Nick memberitahu dia selalu menyukai WWE.
“Susah untuk cakap tapi ia (bergusti) telah mengalir dalam darah saya,” katanya.
Dia kemudian menambah: “Gelanggang gusti selalu membawa saya berasa dekat dengan mendiang. Sayang sangat menyayangi banyak perkara tentang sukan ini. Ia sudah mengalir dalam diri saya.”
Malah kepada TMZ Nick mengaku selalu berhubung dengan pemain industri di WWE sekaligus membuat dirinya dekat bersama mereka yang disifatkan sebagai keluarga.