Skip to main content

Hollywood

Anak Jolie & Brad Pitt, Shiloh Tampil Dalam MV Kpop

Astro Gempak anak angie

Sekilas

  • Shiloh Nouvel Jolie, anak sulung Angelina Jolie dan Brad Pitt, kini mencuba nasib dalam industri K-Pop sebagai model dalam muzik video Dayoung WJSN berjudul What’s a Girl to Do.
  • Shiloh dipilih melalui uji bakat di Amerika Syarikat tanpa pengetahuan agensi Starship Entertainment tentang identitinya sebagai anak selebriti Hollywood.
  • Penampilan Shiloh dalam muzik video akan dilancarkan pada 7 April, dan dia juga diketahui berminat dalam dunia tarian serta pernah menjadi pengisi suara dalam filem animasi Kung Fu Panda 3.
Advertisement

Anak kandung sulung Angelina Jolie bersama bekas suami, Brad Pitt, Shiloh Nouvel Jolie kembali meraih perhatian selepas terlibat dalam dunia hiburan.

Namun penampilan Shiloh bukan di Hollywood, sebaliknya gadis berusia 19 tahun tersebut mencuba nasib sebagai artis dalam dunia K Pop atau industri hiburan Korea Selatan.

Advertisement

Shiloh membuat kemunculan perdana dengan menjadi model dalam muzik video Dayoung WJSN yang berjudul What’s a Girl to Do, lapor Soompi.

Penampilan Shiloh dapat dilihat menerusi teaser lagu yang telah disiarkan. Lagu tersebut hanya akan dipasarkan pada 7 April ini.

Menerusi laporan sama, Shiloh mendapat tawaran untuk terlibat dalam muzik video tersebut tanpa campur tangan Jolie mahupun Pitt. Agensi Starship Entertainment malah mendakwa tidak sedar sama sekali Shiloh merupakan anak kepada pasangan pesohor Hollywood tersebut.

“Shiloh terpilih selepas datang ke uji bakat yang dijalankan di Amerika Syarikat. Sewaktu menjalani penggambaran kami juga tidak tahu atau sedar Shiloh adalah anak Jolie.

“Kami hanya menyedari Shiloh anak Jolie dan Pitt setelah semuanya selesai,” ujar kenyataan agensi.

Ramai berpendapat penampilan Shiloh tidak ubah seperti Jolie sewaktu remaja. Dia diketahui berminat dengan dunia tarian.

Sebelum ini Shiloh yang terkenal dengan imej kelelakian sewaktu kecil pernah menjadi pengisi suara dalam filem animasi Kung Fu Panda 3.

Anda mungkin berminat dengan

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

KURTA PETAK TELUK BELANGA TRADITIONAL LENGAN TIGA SUKU MATERIAL GERMANY COTTON

KURTA PETAK TELUK BELANGA TRADITIONAL LENGAN TIGA SUKU MATERIAL GERMANY COTTON

Baju Melayu Teluk Belanga Bulan Bintang 2026 (NEW) Tema Biru

Baju Melayu Teluk Belanga Bulan Bintang 2026 (NEW) Tema Biru

ASICS Gel-NYC Unisex Sportstyle Shoes In Loden Green/Graphite Grey

ASICS Gel-NYC Unisex Sportstyle Shoes In Loden Green/Graphite Grey

Cavando PU Leather Men Loafer Shoes 828-1 Black/Blue/Tan - Kasut Loafer Lelaki Warna Hitam/Biru/Tan

Cavando PU Leather Men Loafer Shoes 828-1 Black/Blue/Tan - Kasut Loafer Lelaki Warna Hitam/Biru/Tan

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement