Skip to main content

Kpop

Kerja Buruh Pembinaan Lepas Grup Bubar, Park Hyunbin Jalan Kaki 155KM Simbolik ‘Buang’ Beban

Kerja Buruh Pembinaan Lepas Grup Bubar, Park Hyunbin Jalan Kaki 155KM Simbolik ‘Buang’ Beban

Sekilas

  • Park Hyunbin, bekas anggota ARrC, berjalan kaki sejauh 155 km dari Seoul ke Jecheon sebagai cara untuk melepaskan beban emosi selepas kumpulannya dibubarkan.
  • Perjalanan selama enam hari itu membantu Hyunbin mengosongkan fikiran dan memulakan hidup baru, walaupun menghadapi kesakitan fizikal dan cabaran mental.
  • Kini bekerja sambilan dan masih mencintai muzik, Hyunbin berjanji akan kembali ke pentas suatu hari nanti walaupun kehidupannya kini lebih tenang dan bahagia.
Advertisement

Salah seorang anggota ARrc, Park Hyunbin mempunyai cara yang unik melempiaskan emosinya selepas kumpulan tersebut dibubarkan hanya selepas dua tahun didirikan.

Mula dikenali selepas menyertai program survival Mnet, Boys Planet, pada 2023, setahun kemudian, dia membuat debut bersama ARrC pada Ogos 2024, namun ‘jodoh’ mereka tidak panjang.

Advertisement

Enggan larut dengan kesedihan dan mahu membuka lembaran baharu, bintang muda berusia 21 tahun itu mengambil keputusan berjalan kaki sejauh 155 kilometer (km) dari Seoul ke Jecheon.

Perjalanan yang memakan masa enam hari lima malam itu juga menyaksikan dia membawa beg galas yang berat sebagai simbol perjalanan untuk mengosongkan segala beban dalam dirinya dan memulakan semula kehidupan.

Ekspedisi tersebut juga dikatakan usaha dirinya membuka ruang untuk mengumpul semula kekuatan diri.

Hyunbin juga mendedahkan sebab dirinya memilih berjalan kaki dari Seoul ke Jecheon kerana teringat mengenai dialog filem Peppermint Candy.

“Saya pada mulanya tidak mempunyai lokasi tertentu dalam fikiran. Tetapi dialog ‘Saya mahu kembali’ daripada filem Peppermint Candy tiba-tiba muncul dalam fikiran.

“Saya kemudian terfikir, kalau saya boleh mulakan semuanya dari awal, adakah saya akan memilih untuk kembali?” katanya seperti dilaporkan AllKPop.

Dałam temu bual sama, Hyunbin turut mengaku perjalanan sejauh 155KM bukan sesuatu yang mudah. Dia memberitahu bahu dan belakangnya mula sakit, malah hampir berputus asa pada hari pertama dan kedua.

“Bahu dan belakang saya sakit. Pada hari pertama dan kedua, saya benar-benar mahu mengalah. Tetapi pada hari ketiga, saya terfikir, ‘Macam mana saya nak berpatah balik sekarang?’ Jadi saya kuatkan hati dan bertekad untuk teruskan sehingga ke penghujung,” ujarnya.

Setibanya di destinasi terakhir, iaitu sebuah jambatan kereta api, Hyunbin mengakui dia tidak berasa emosi luar biasa seperti yang mungkin dijangkakan, sebaliknya berasa seolah-olah segala beban dalam dirinya sudah hilang.

Ujarnya: “Orang mungkin tertanya-tanya, tetapi sebenarnya tidak banyak perkara bermain dalam fikiran saya.

“Perjalanan ini bukan kerana saya mahu membuktikan bahawa saya menang dalam pertarungan dengan diri sendiri. Saya memulakannya kerana mahu mengosongkan apa yang ada dalam diri saya.

“Selepas mengosongkannya sedikit demi sedikit, saya rasa begitu ringan apabila tiba di destinasi.”

Malah, Hyunbin menyifatkan pengalaman itu seperti dilahirkan semula.

“Saya rasa seperti dilahirkan semula. Saya dapat mengosongkan apa yang ada dalam diri dan mengisi ruang itu dengan perkara-perkara baharu,” ujarnya.

Video perjalanan yang dimuat naik dalam YouTube miliknya, Gwangjin City Boy bukan sahaja mendapat perhatian, malah menyentuh hati ramai penonton.

Menurutnya, terdapat penonton yang mengakui berasa terhibur dan mendapat kekuatan selepas menonton videonya.

Namun, membaca komen-komen positif itu juga memberikan kesan besar terhadap dirinya.

“Apabila penonton berkata mereka mendapat ketenangan selepas menonton video saya, membaca komen mereka membuatkan saya terfikir, ‘Betul juga, saya seorang yang mampu melakukan apa sahaja.’

“Melihat begitu banyak kata-kata baik benar-benar membuatkan saya gembira,” katanya bangga.

Sementara itu, selepas meninggalkan kehidupan sebagai selebriti, Hyunbin kini melakukan beberapa pekerjaan sambilan untuk meneruskan kehidupan.

Dia kini mempunyai dua pekerjaan sambilan tetap, selain mengambil syif harian di pusat logistik Coupang dan melakukan kerja-kerja pembinaan.

Walaupun mengakui kehidupannya kini mencabar, Hyunbin berkata dia sebenarnya berasa lebih tenang dan bahagia.

“Ia memang sukar. Tetapi peliknya, saya melakukannya dengan sangat baik sehingga saya tertanya-tanya sama ada fikiran saya pernah setenang dan sebahagia ini sepanjang hidup saya.

“Menjadi watak utama dalam kehidupan saya sendiri terasa begitu menenangkan dan menggembirakan.
“Saya rasa seperti burung yang sedang terbang lebih tinggi daripada sesiapa pun di dunia sekarang,” katanya penuh positif.

Meski bersyukur dengan kehidupan kini, satu perkara yang tidak pernah berubah ialah kecintaannya terhadap muzik dan pentas.

Hyunbin berkata keinginan untuk kembali menjadi seorang penghibur masih kuat dalam dirinya.

“Malah ketika sedang makan semasa bekerja di pusat logistik, saya selalu terfikir bahawa tempat sebenar saya adalah di atas pentas.

“Saya tidak tahu berapa lama masa yang diperlukan, tetapi saya pasti akan kembali ke pentas. Anggap sahaja itu sebagai satu janji,” tegasnya.

Anda mungkin berminat dengan

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Must Watch Video

Advertisement