Skip to main content

Berita Tempatan

Anak Sulung Karam Singh Walia Meninggal Dunia, 38 Hari Selepas Pemergian Bapa

Astro Gempak anak karam (1)

Sekilas

  • Sharonjit Kaur Walia, anak sulung wartawan Karam Singh Walia, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya di Sikamat, Seremban selepas 38 hari bapanya meninggal dunia akibat barah hati.
  • Beliau merupakan Pensyarah Kanan Bahasa Inggeris di Politeknik Port Dickson yang dikenali sebagai pendidik berdedikasi dan inspirasi kepada pelajar.
  • Politeknik Port Dickson mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan menghargai jasa serta dedikasi Sharonjit sepanjang berkhidmat.
Advertisement

Belum reda kesedihan keluarga Karam Singh Walia atas pemergian wartawan penyiaran terkenal itu, mereka sekali lagi diuji apabila anak sulungnya dilaporkan meninggal dunia pada Rabu.

Mendiang Sharonjit Kaur Walia, 44, menghembuskan nafas terakhir kira-kira 38 hari selepas bapanya meninggal dunia akibat barah hati pada 6 April lalu.

Advertisement

Menurut suaminya, Kashminder Singh Sandhu, Sharonjit meninggal dunia dalam tidur di kediaman mereka di Sikamat, Seremban sekitar jam 8.15 pagi.

“Beliau meninggal dunia dalam tidur dan sebelum ini tidak mengalami sebarang masalah kesihatan,” katanya memetik laporan Bernama.

Sharonjit merupakan Pensyarah Kanan Bahasa Inggeris di Jabatan Pengajian Am, Politeknik Port Dickson dan dikenali sebagai seorang pendidik yang berdedikasi serta dekat dengan pelajar.

“Beliau bukan sahaja mendidik, malah menjadi inspirasi kepada pelajar, sekali gus meninggalkan legasi yang akan terus hidup dalam diri mereka yang pernah dibimbing,” katanya lagi.

Allahyarham meninggalkan suami serta dua cahaya mata berusia 10 dan enam tahun.

Dalam masa sama, Politeknik Port Dickson turut menzahirkan ucapan takziah menerusi media sosial rasmi institusi itu dan menyifatkan pemergian Sharonjit sebagai satu kehilangan besar buat warga kampus.

“Seluruh warga institusi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang atas kehilangan yang amat perit ini.

“Jasa, dedikasi dan kenangan bersama beliau akan sentiasa terpahat dalam ingatan,” menurut kenyataan tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement