Skip to main content

Selebriti

Anak Uji Rashid, Cico Harahap Meninggal Dunia

Anak Uji Rashid, Cico Harahap Meninggal Dunia

Sekilas

  • Cico Harahap, anak kepada artis legenda Uji Rashid, meninggal dunia di Hospital Ampang pagi tadi selepas dimasukkan wad sejak seminggu lalu akibat masalah pernafasan.
  • Beliau mula aktif berlakon sejak 1993 dan menghadapi masalah kesihatan sejak akhir 2016, termasuk menjalani rawatan perubatan Islam.
  • Punca kematian Cico masih belum dapat dikenalpasti menurut Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia, Sandakiah Azez.
Advertisement

Anak kepada artis legenda, Uji Rashid iaitu Cico Harahap atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin 48, meninggal dunia di Hospital Ampang, sekitar jam 11 pagi tadi.

Difahamkan menurut laporan Harian Metro, berita duka itu dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) Sandakiah Azez kepada pihaknya.

Advertisement

Menurut Sandakiah, Allahyarham Cico dimasukkan di sebuah wad hospital terbabit sejak seminggu lalu akibat kesukaran bernafas.

"Mulanya Cico dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), tapi pada Khamis lepas dah dimasukkan ke wad biasa.

"Bagaimanapun punca kematiannya belum dapat dikenalpasti," katanya.

Advertisement

Terdahulu Cico yang mula aktif berlakon sejak 1993, dikesan berdepan masalah kesihatan penghujung tahun 2016.

Selain rawatan hospital, Uji turut membawa Cico menjalani rawatan perubatan Islam.

Sumber: Harian Metro

Anda mungkin berminat dengan

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement