Skip to main content

Hiburan

Andika Kangen Band Kena Sakit Jantung, Syak 17 Show Sebulan Mungkin Jadi Punca

Andika Kangen Band Kena Sakit Jantung, Syak 17 Show Sebulan Mungkin Jadi Punca

Sekilas

  • Andika Mahesa, vokalis Kangen Band, terpaksa mendapatkan rawatan hospital akibat masalah jantung yang disebabkan keletihan dan jadual persembahan yang padat.
  • Keadaan kesihatannya menyebabkan dia terlepas persembahan di The Sounds Project 2026, dengan kumpulan membuat antara 10 hingga 17 persembahan sebulan.
  • Andika kini semakin pulih dan sudah kembali membuat persembahan, sambil meminta peminat mendoakan kesihatannya terus baik.
Advertisement

Penyanyi yang juga vokalis Kangen Band, Andika Mahesa akhirnya mendedahkan punca dirinya terpaksa mendapatkan rawatan di hospital baru-baru ini selepas berdepan masalah kesihatan.

Sebelum ini, Andika sempat berkongsi beberapa foto dan video menerusi Instagram yang memperlihatkan dirinya sedang menerima rawatan di hospital. Video pendek tersebut telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan sahabat dan peminat.

Advertisement

Keadaan tersebut turut menyebabkan penyanyi lagu Yolanda itu terpaksa tidak hadir bersama Kangen Band untuk membuat persembahan di acara The Sounds Project 2026.

Menurut Andika, keadaan fizikalnya merosot akibat terlalu keletihan sebelum dia mengetahui terdapat masalah berkaitan jantung.

“Ya, mungkin sebab terlalu penat. Saya sendiri tak tahu rupanya ada masalah pada jantung,” katanya ketika ditemui di Jakarta baru-baru ini seperti dilaporkan Kompas.

Andika yang kini berusia 43 tahun juga mengesyaki jadual persembahan Kangen Band yang padat menjadi antara faktor keadaan kesihatannya terjejas.

Katanya, kumpulan tersebut boleh membuat persembahan di antara 10 hingga 15 lokasi dalam sebulan, malah jumlah itu kini boleh mencecah sehingga 17 lokasi.

“Dulu dalam sebulan mungkin sekitar 10 hingga 15 lokasi. Sekarang boleh jadi 17 lokasi atau sekitar 15 lokasi,” jelasnya.

Meskipun berdepan masalah kesihatan, Andika meminta peminat mendoakan agar dirinya kembali pulih sepenuhnya.

“Doakan yang baik-baik sahaja. Semoga saya diberikan kesihatan,” ujarnya.

Kini saat kesihatannya semakin baik, dia sudah kembali menjalani aktiviti persembahan bersama Kangen Band ketika menghadiri sambutan ulang tahun sebuah stesen televisyen.

Mengakui gembira dapat kembali ke pentas, Andika berkata: “Saya gembira kerana sudah boleh kembali membuat persembahan.”

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement