Skip to main content

Hiburan

Aniq Suhair Sedia Mendirikan Rumah Tangga, Sedang Fasa Mengenali Hati Budi - “Setakat Ini Semuanya Positif...”

Aniq Nak Kahwin

Pelakon, Aniq Suhair mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seorang pelakon wanita.

Bagaimanapun, menurut Aniq atau nama sebenarnya Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 25, dia memilih untuk tidak mendedahkan identiti wanita itu kerana enggan mengundang sebarang spekulasi sekiranya hubungan mereka tidak berakhir seperti yang diharapkan.

“Ya saya tengah mengenali seseorang, sampai masa kalau ada jodoh saya akan beritahu.

“InsyaAllah kalau ada jodoh mengapa tidak. Saya tak nak share awal benda ini kalau benda tak jadi nanti orang kata macam-macam pula jadi bagi saya biarkan rahsia dahulu tapi nanti dah official kita bagi tahu,” katanya kepada Gempak.

Aniq ditemui Gempak semasa  menghadiri majlis pelancaran platform penstriman digital (OTT), UTV di Zepp Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Aniq juga mengakui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga

“Kalau nak cakap ke arah yang lebih serius ya kami berdua ke arah itu.

“Saya dah mengenali dia lebih 6 bulan dan kalau nak bercakap mengenai ciri-ciri seorang isteri yang saya mahu setakat ini semua positif,” tambah Aniq. 

Advertisement

Must-Watch Video